Makanan yang berlemak dan berminyak seperti makanan bergoreng memang kelihatan enak dimakan tetapi boleh menjadi punca datangnya pelbagai penyakit.
Menurut NutrionistKKM, makanan bergoreng dan bersantan merupakan contoh makanan tinggi kalori. Makanan seperti ini boleh menyumbang kepada risiko kegemukan dan hadir penyakit tidak berjangkit.
Hal ini disebabkan oleh kalori atau tenaga yang diambil secara berlebihan daripada makanan boleh menyukarkan kita untuk menyingkirkannya terutamanya apabila tidak aktif bergerak.
Maka, mereka telah berkongsikan beberapa tips untuk mengurangkan penggunaan lemak semasa menyediakan makanan.
Antara tips bagi mengurangkan lemak ialah:
Elak goreng semula makanan berkali-kali
Guna tisu untuk serap lebihan minyak
Hadkan menyalut tepung sebelum menggoreng
Tutup periuk/kuali semasa menggoreng
Buang lapisan minyak/lemak di permukaan sup/kuah
Guna santan cair/susu rendah lemak
Oleh itu, Nutrionist KKM mengajak orang ramai agar mengehadkan makanan yang berlemak dan berminyak, serta makan secara sihat bersama keluarga di rumah.
Sumber: Twitter NutrionistKKM