Batuk merupakan gejala yang sering berlaku pada setiap individu tidak mengira peringkat umur, tapi selalunya boleh pulih dengan hanya memakan ubat.
Lazimnya, gejala batuk ini datang bersama simptom-simptom lain seperti selesema, mata berair, kahak dan sakit tekak yang pastinya membuatkan seseorang merasa tidak selesa.
Dalam keadaan penularan wabak COVID-19, ditambah pula dengan cuaca sekarang yang tak menentu, adalah lebih baik sekiranya kita bersedia dari awal, setidak-tidaknya untuk merawat gejala ringan.
Oleh itu, ahli farmasi yang dikenali sebagai Amir Said ini melalui laman TikTok miliknya, berkongsi jenis dan fungsi ubat batuk yang korang boleh standby siap-siap di rumah.
1. Tusidex Forte Linctus
Untuk hentikan batuk kering. Sesuai untuk pesakit kencing manis kerana tiada gula.
Gambar: Amir Said2. Cough-en Linctus
Untuk hentikan batuk kering, hidung berair dan tersumbat. Juga sesuai untuk mata berair dan gatal.
Gambar: Amir Said3. Uphadyl Forte
Untuk hilangkan batuk berkahak, cairkan dan mengeluarkan kahak. Dapat melegakan tekak, selsema dan alergik.
Gambar: Amir Said4. Mucolix Elixir
Untuk batuk berkahak, cairkan kahak supaya senang dikeluarkan.
Gambar: Amir SaidTerdapat banyak jenis ubat batuk yang boleh didapati di klinik atau farmasi. Jadi sebaiknya korang minta pandangan dan nasihat dari doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu sebelum dapatkan ubat-ubat ini.
Sumber: TikTok Amir Said