Isu membuat binaan tanpa kebenaran sering berlaku terutama di kawasan bandar. Walaupun larangan telah dikeluarkan namun ada sesetengah pemilik rumah yang tidak peka mengenai perkara ini.
Perlu diingatkan bahawa, sebarang binaan tambahan memerlukan kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu. Justeru, jika sebaliknya berlaku mungkin binaan tersebut akan dirobohkan oleh pihak PBT.
Bagaimanapun, pasti masih ramai yang belum tahu mengenai contoh-contoh binaan tanpa kebenaran terutama bagi rumah flat.
Untuk mengetahuinya, mari ikuti perkongsian seorang arkitek, Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli di bawah ini.
CONTOH BINAAN TANPA KEBENARAN DI FLAT
Panas pula isu rumah flat di Johor kena roboh pasal
buat tambahan macam duduk corner lot. Saya yakin yang PBT kalau boleh tak nak lah ke arah roboh ni tetapi bila benda binaan haram ni makin tak terkawal, nak tak nak mereka perlu roboh untuk beri peringatan.
Kalau siapa yang tak tahu, memang sudah jelas binaan tambahan untuk kediaman memerlukan kelulusan dari PBT.
Ok lah kalau tak tahu pun, kita masih ada common sense. Bila beli flat ni, dalam agreement floor plan dia tunjuk bahagian mana? Biasanya pelan layout rumah sahaja lah. Tak ada pula dia tunjuk kaki lima depan belakang semua kita punya. Jadi kenapa nak buat diatas tanah bukan bahagian kita? Common sense.
Problem dengan binaan tanpa kebenaran di flat ni, dah macam-macam jenis dah dan hasilnya kebanyakan akan membahayakan keselamatan. Kerja-kerja menyelamat bomba pun boleh tergendala pasal ada binaan macam ni. Truck bomba tak boleh park dekat. Tangga tak sampai. Itu salah satu.
Nak buat binaan tambahan, kena check dulu dengan PBT atau at least management body. Senang. Bukan tanya tukang, tukang dia nak job saja asal jalan. Tuan rumah suruh buat dia buat.
Duduk di kediaman macam flat ni perlukan tolak ansur dan fikir kebajikan jiran. Kadang bila tambah tu kita saja yang senang, tapi menyusahkan orang lain.
Ni saya bagi contoh binaan tanpa kebenaran yang biasa dibuat tapi sebenarnya tak boleh.
Anda ada dalam list ni tak? Haha

1. Tambahan flat corner lot

2. Tambahan belakang

3. Extend belakang siap ada tiang lagi

4. Extend depan

5. Extend belakang tapi tak ada tiang

6. Buat kolam

7. Cop parking

8. Cop parking level T20

9. Grill rumah kiri kanan

Sumber: Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli