PUTRAJAYA, 22 Ogos – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memandang serius isu anggota polis bermain aplikasi Tiktok.
“Ingin ditegaskan sekali lagi di sini bahawa adalah tidak sopan untuk mana-mana pegawai anggota beruniform polis melakukan aksi-aksi tarian atau lain-lain dalam aplikasi TikTok dan mana-mana aplikasi media sosial terkini.
“Kerana ia boleh memburukkan imej pasukan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, pagi ini.
Jelas Abdul Hamid, mana-mana persembahan yang menggunakan pakaian seragam polis bagi tujuan persembahan pentas atau tontonan umum mestilah mendapat kelulusan pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia terlebih dahulu.
Selain itu, ia juga dilarang bagi tujuan peribadi.
“Saya akan memberi perhatian serius mengenai perkara ini,” tegasnya lagi.
Gambar: Facebook KPNSumber: Tan Sri Abdul Hamid Bador