Sakit telinga tidak mengira usia, ia akan terjadi kepada sesiapa pun termasuklah pada orang dewasa. Sakit telinga ini mungkin disebabkan ketidakselesaan kepada individu tersebut.
Jangan biarkan sakit tersenut menganggu gegendang telinga kita. Jika berlaku mungkin akan memberi kesan negatif terhadap pendengaran seseorang. Seperti kisah seorang pesakit ini yang mengalami kurang pendengaran dan keadaan lebih teruk lagi apabila dia menggunakan putik kapas atau cotton bud.
Jadi, dengar penjelasan daripada Dr Ezairy M.Salih ini mengenai bahaya menggunakan putik kapas dan nasihat beliau kepada orang ramai.
Gambar Sekadar HiasanSeorang wanita ini mengadu kurang dengar dah beberapa hari. Lalu beliau korek sendiri menggunakan cotton bud. Semakin dikorek, semakin tak dengar.
Akibatnya sekarang pendengaran jadi ‘totally block’… tak dengar langsung.
Apabila saya masukkan skop kamera ke dalam telinganya. Nampaklah beliau ear wax atau lilin telinganya yang telah ditolak-tolak masuk ke gegendang telinga. Tersumbat.
“Silap hari bulan, boleh bocor gegendang telinga.“
Saya cuba keluarkan juga, cuba buang mana yang boleh. Tapi ia sakit tuan-tuan kalau terkena pada gegendang telinga. Dan ini yang berlaku kepada pesakit saya ini.
Silap hari bulan, boleh bocor gegendang telinga.
Beliau baru tahu bahawa telinga ini tidak perlu dikorek. Sudah menjadi ‘habit’ katanya mengorek telinga selepas mandi. Kalau tak buat itu, rasa tidak selesa.

Gambar ini menunjukkan bahaya penggunaan cotton bud untuk membersihkan telinga. Risiko kebocoran gegendang telinga boleh berlaku. Jika anda sayangkan ahli keluarga anda, nasihatkanlah mereka. Tulisan ini mungkin boleh membantu.
Saya beri tip berguna ini:
1. Bersihkan guna kain bersih setiap lepas mandi. Di bahagian cuping dan luar telinga sahaja.
2. Elak masukkan air sehingga ke dalam telinga. Lebih bahaya jika gegendang telinga anda bocor.
3. Kalau terlalu gatal, boleh tekan-tekan bahagian luar telinga atau di ‘tragal area’ sahaja. Ia boleh membantu. Tapi, jangan korek di dalam telinga.
4. Jika kurang dengar, pergi buat pemeriksaan doktor di klinik terdekat.
5. Rujukan ke klinik ENT akan dibuat jika perlu.
Ingat ya, bahaya. Hentikanlah.
Dr Ezairy M.Sallih
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih