
BNM Keluarkan Amaran Kemungkinan Serangan Siber Atas Institusi Kewangan Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan amaran kemungkinan serangan siber terhadap institusi kewangan dalam negara, lapor Sinar Harian.
Amaran tersebut telah dikeluarkan melalui platform Risikan Ancaman Siber Sektor Kewangan (FinTIP).
Dalam satu kenyataannya berkata, notis dikeluarkan BNM membolehkan organisasi kewangan mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya.
Jelasnya, ini adalah untuk melindungi dan mengelakkan sistem perbankan terdedah dengan sebarang kemungkinan gangguan perkhidmatan.
“BNM dan industri kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang berlaku dalam ruang siber.
“FinTIP sentiasa memantau landskap siber dan akan memaklumkan tentang kemungkinan ancaman baharu termasuk peningkatan aktiviti penggodaman,” katanya pada hari ini.
BNM turut memberi ulasan berkenaan notis Financial Sector Cyber Threat Intelligence Platform (FinTIP) berhubung perkara tersebut yang telah tular menerusi media sosial.
Dalam notis yang telah tersebear itu, terdapat 10 kumpulan penggodam luar negara dikesan berkemungkinan bakal membuat serangan siber.
Tindakan ini berkemungkinan sebagai satu serangan tindak balas ke atas tindakan penggodam Malaysia yang melancarkan operasi menggodam secara besar-besaran baru ini.
Tambahnya, notis yang dikeluarkan FinTIP merupakan pemberitahuan untuk berjaga-jaga atas situasi yang berlaku mengikut keadaan semasa.
Difahamkan, pemberitahuan sebegini akan dikeluarkan secara rutin kepada institusi kewangan dan rakan kerjasama mereka yang berkaitan.
BACA: Selalu Layari Laman Web, Ini Beza HTTP Dengan HTTPS Selalu Ada Pada “Link URL”
Sumber: Sinar Harian