Vladimir Putin atau nama penuhnya Vladmir Vladimirovich Putin dilahirkan pada 7 October, 1952 di Leningrad, Russia. Beliau merupakan pegawai perisikan (1999-2008) sebelum menjadi ahli politik yang berkhidmat sebagai presiden (2012-kini).
Menurut Britainnica, Vladimir Putin telah berkhidmat selama 15 tahun sebagai pegawai perisikan asing di KGB, agensi perisikan asing dan keselamatan domestik Kesatuan Soviet. Ketika tahun 1990, beliau telah bersara daripada KGB dengan pangkat Leftenan Kolonel.
Seterusnya, beliau dinamakan sebagai presiden pada tahun 1999 dan ketika itu perlembagaan Russia telah mengehadkan tempoh perkhidmatan presiden kepada dua penggal berturut-turut.
Disebabkan itu, setelah penggal kedua berakhir pada tahun 2008, beliau berkhidmat pula sebagai perdana menteri. Namun, pada tahun 2012, beliau berkhidmat semula sebagai presiden.
Pada Januari 2020, lebih kurang dua tahun yang lalu, beliau telah merangka perlembagaan baru supaya akan kekal sebagai presiden selama dua penggal lagi.
“Ia dimasukkan dalam pakej pindaan yang telah diluluskan oleh perundangan Russia dan pengundi dalam referendum kebangsaan pada Julai tahun semasa,” lapor Britannica.
Untuk makluman, Putin merupakan pelajar jurusan undang-undang di Universiti Negeri Leningrad dan tutornya adalah Anatoly Sobchack yang merupakan salah seorang ahli politik reformasi terkemukan pada zaman perestroika.
Sumber: Britannica