Bekas juara UFC, Conor McGregor telah menyatakan minatnya untuk membeli Kelab Bola Sepak Chelsea susulan terdapat laporan bahawa Roman Abramovich bersedia untuk menjual kelab itu selepas menerajuinya selama 19 tahun.
Memetik laporan Sport Bible, McGregor sememangnya seorang peminat bola sepak dan pernah bermain untuk kelab tempatan, Lourdes Celtic dan Crumlin United semasa zaman kanak-kanaknya. Jadi, ia tidaklah mengharikan apabila beliau menyatakan minat mahu membeli Chelsea itu.
Menerusi ciapan di Twitter, dia menyatakan minat untuk ‘meneroka’ tawaran untuk membeli kelab juara Eropah itu.
Ini bukan kali pertama McGregor menyatakan minat untuk membeli kelab bola sepak. Tahun lalu, dia membayangkan untuk membeli Manchester United selepas 48 jam kelab itu ‘terkapai-kapai’.
Sementara itu, terdapat tiga pembeli berpotensi dilaporkan berminat dengan Chelsea dan jutawan Switzerland, Hansjorg Wyss telah mengesahkan dia telah didekati oleh Abramovich untuk membelinya.
“Seperti semua oligarki lain, dia (Abramovich) dalam keadaan panik,” kata Wyss.
Bagaimanapun, Wyss mengesahkan bahawa dia tidak akan membeli kelab itu.
“Setakat hari ini, kami tidak tahu harga jualan yang tepat.
“Saya boleh bayangkan bermula di Chelsea dengan menjadi rakan kongsi tetapi saya perlu meneliti keadaan umum terlebih dahulu,” katanya.
Terdahulu Abramovich dilaporkan akan menjual kelab Chelsea dan hasil penjualan akan disalurkan kepada tabung untuk mangsa-mangsa perang di Ukraine.
Sumber: Sport bible