Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian swab kedua menjelang perlawan menentang Bodø/Glimt malam ini.
Berita tersebut diumumkan dalam satu kenyataan di laman web rasmi kelab itu hari ini.
“Kelab ini telah memaklumkan (perkara ini) kepada pihak berwajib dan pemain-pemain telah segera diarah kuarantin di rumah.
“(Bagaimanapun) semua ahli pasukan dan staf diuji negatif,” kata kenyataan tersebut.
Sumber: Sky Sports, Laman rasmi AC Milan