
Bimbang Boleh Rugi, Ini Sebab Kenapa Jangan Tunggu 2026 Untuk Beli Kereta
Zaman sekarang, memiliki kereta bukan lagi soal gaya hidup semata-mata, tetapi sudah menjadi satu keperluan asas.
Dengan keadaan pengangkutan awam yang sesak di sesetengah kawasan, ditambah pula dengan komitmen kerja dan urusan harian, kereta boleh dianggap sebagai ‘penyelamat’.
Malah, ramai yang setuju bahawa hidup tanpa kereta memang terasa ‘susah’, terutama bagi mereka yang baru mula bekerja, baru mendirikan rumah tangga atau sedang mengembangkan kerjaya.
Namun, persoalan besar yang sering menghantui ramai orang ialah, “Bila masa paling tepat untuk beli kereta?”
Ada yang fikir, lebih baik tunggu tahun baharu, mungkin harga akan turun atau promosi lebih menarik.
Tapi, ramai yang masih belum sedar bahawa hujung tahun sebenarnya adalah waktu paling sesuai untuk merealisasikan impian memiliki kereta idaman.
Jadi, sebelum korang terus tangguh dan biarkan peluang terbaik berlalu begitu saja, penting untuk faham kenapa hujung tahun adalah masa paling sesuai untuk beli kereta.
Bukan sekadar boleh jimat duit, tapi banyak lagi kelebihan yang mungkin korang tak pernah terfikir.
1. Diskaun akhir tahun & insentif pengedar – Promosi besar-besaran biasanya hanya muncul hujung tahun.
2. Nilai tukar-beli kereta lama lebih tinggi – Sesuai untuk yang nak upgrade kereta.
3. Tawaran lebih fleksibel di pengedar “Buy Here Pay Here” – Mudahkan proses pemilikan dengan pelan lebih mesra bajet.
4. Persaingan rendah & pilihan stok lebih baik – Lebih banyak pilihan model tanpa perlu tunggu lama.
5. Manfaat cukai untuk pemilik perniagaan – Boleh jadi penjimatan berganda untuk usahawan.
6. ‘Lock’ kadar faedah lebih rendah sebelum tahun baharu – Elak risiko kadar lebih tinggi tahun depan.
Sekarang dah tahu kan kenapa hujung tahun adalah ‘timing’ terbaik untuk beli kereta? Tapi, ada satu lagi waktu yang terbaik untuk beli kereta, iaitu pada musim Kemerdekaan.
Contohnya, Great Wall Motor (GWM) Malaysia menawarkan sesuatu yang istimewa sempena sambutan ini.
Sempena Bulan Kebangsaan, GWM Malaysia bawakan berita baik istimewa buat rakyat Malaysia.

Bayangkan, selain dapat jimat banyak bila beli kereta hujung tahun, korang juga berpeluang menang hadiah bernilai ribuan ringgit.
Bermula 16 Ogos hingga 28 September ini, apa yang menanti rakyat Malaysia?
1. Promosi September untuk semua model GWM





2. Showroom Activation
Tempah kereta GWM di bilik pameran terpilih & berpeluang menangi hadiah serta-merta
3. 7 hujung minggu aktiviti bilik pameran di seluruh negara – pandu uji & acara mesra keluarga
Bukan sahaja korang berpeluang memiliki kereta idaman dengan promosi terbaik hujung tahun. Malah, kesempatan untuk membawa pulang hadiah menarik sempena Merdeka menanti korang.
Kunjungi bilik pameran GWM berhampiran korang sempena Merdeka ini, tempah kenderaan idaman, dan menangi hadiah menarik serta-merta.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman rasmi GWM Malaysia atau ikuti Facebook GWM Malaysia.