Selepas angka kematian wabak global Koronavirus meningkat melebihi 500 orang, The Bill & Melinda Gates Foundation mengambil keputusan untuk menyumbangkan sebanyak $100 million bagi melawan wabak ini.
Sumbangan itu juga ekoran dilaporkan 12 orang Amerika Syarikat yang disahkan menghidapi wabak tersebut.
Gambar: Daily MailPembiayaan tersebut akan digunakan untuk menguatkan usaha pengesanan, pengasingan dan rawatan serta termasuklah usaha melindungi penduduk yang berisiko.
Menurut portal Daily Mail, sekitar $20 juta daripada dana itu akan diperuntukkan kepada agensi-agensi kerajaan dan antarabangsa. Antara agensi yang akan menerima sumbangan tersebut adalah seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Pencegahan Penyakit (CDC).
Gambar: CNBCSebanyak $60 juta yang lain pula akan digunakan bagi pembangunan vaksin, rawatan dan diagnostik. Baki $20 juta yang lain pula akan disumbangkan kepada negara-negara di sub-Sahara Afrika dan Asia Selatan yang telah terjejas dengan wabak penyakit ini.
Sumber: Daily Mail