Pembersihan dan sanitasi penting dalam penyediaan makananan bagi mengelakkan penyebaran kuman berbahaya yang boleh menyebabkan kes seperti keracunan makanan.
Oleh itu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dalam satu kenyataan di Twitter rasmi BBKM Putrajaya berkata, kaedah paling murah untuk membunuh kuman adalah dengan penggunaan air panas.
Kaedah ini hanya untuk peralatan memasak dan meja menyediakan makanan sahaja. Tidak terpakai untuk membunuh kuman dalam badan manusia dan lain-lain.
Antara langkah yang boleh diikuti bagi memastikan makanan anda terhindar daripada kuman adalah seperti berikut:
1. Pastikan permukaan meja dan peralatan memasak telah dibersihkan terlebih dahulu
2. Panaskan air hingga mendidih pada suhu 90ºC ke atas
3. Curah/bilas ke permukaan meja dan peralatan memasak selama 20 saat sahaja sebelum penyediaan makanan
Awas, lakukan dengan berhati-hati supaya anda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan