
Dalam era media sosial hari ini, ramai anak muda Malaysia bukan sekadar melancong untuk berseronok tapi menjadikannya sebagai sumber rezeki. Fenomena ini kini dilihat berkembang pesat dengan kemunculan “travelpreneur” atau pengembara yang menjana pendapatan melalui kandungan video dan perkongsian pengalaman sebenar.
Menurut Marcus Yong, Naib Presiden Pemasaran Global di Klook, trend ini bukan lagi sekadar hobi, tetapi satu ekosistem baharu yang sedang membentuk masa depan industri pelancongan.
“Ramai pelancong muda kini bukan sekadar berkongsi gambar, tapi menjadi pencerita, berkongsi pengalaman autentik dan membina komuniti. Malah, ada yang bermula sambilan kini menjadi pencipta kandungan sepenuh masa,” katanya.
Antara Klook Kreators tempatan yang menyerlah ialah @zhafventures, @hellosincerelyshe, dan @danishmbekz, yang berjaya menukar minat mereka kepada kerjaya sepenuh masa.
Menariknya, tiga daripada empat tempahan di Klook kini datang daripada video. Marcus menjelaskan bahawa video menjadi pemacu utama kerana ia bukan sekadar menunjukkan lokasi, tetapi “membawa penonton merasai sendiri pengalaman tersebut.”
“Kalau sekeping gambar boleh membawa seribu makna, satu video pula mencipta sejuta tontonan,” katanya berseloroh. Video bukan sekadar menunjukkan destinasi, ia membuat penonton merasai pengalaman itu. Itulah kekuatan sebenar kandungan visual yang mendorong orang untuk terus menempah.

Daripada meneroka Penang dengan Klook Pass, ke bengkel membuat jeans di Tokyo, atau menaiki pelayaran sungai melihat kunang-kunang di Sabah, detik-detik ini menjadi lebih hidup melalui video dan menyemarakkan lagi rasa ingin melancong.
Menurut tinjauan Klook Travel Pulse, kandungan visual terutamanya video pendek merupakan faktor paling besar yang mempengaruhi keputusan melancong dalam kalangan pelancong Malaysia. Dengan komuniti kreator yang kini mencecah 30,000 Kreator di 88 pasaran, Klook menjadi enjin utama penemuan destinasi baharu secara dalam talian.
Asas kepada Program Klook Kreator ialah empowerment, bukan sekadar untuk mencipta kandungan, tetapi untuk membantu kreator berkembang, menjana pendapatan, dan membina kerjaya yang mampan dalam bidang pelancongan. Apabila kreator berjaya, seluruh ekosistem turut berkembang.
Baru-baru ini, Klook memperkenalkan Kreator Shops di beberapa pasaran terpilih, membolehkan kreator memilih dan mengesyorkan pengalaman kegemaran mereka terus kepada pengikut. Hasil awal sangat menggalakkan. Bagi Filipina, kreator yang menggunakan ciri ini mencatat kadar penukaran sehingga 2 kali ganda lebih tinggi serta komisen yang lebih besar.
Melangkah ke hadapan, Klook merancang untuk memperluas inisiatif ini melalui faedah kreator berperingkat, peluang kolaborasi eksklusif, dan akses kepada pengalaman unik. Ia bukan lagi sekadar perkongsian kandungan tetapi menjadikan pelancongan sebagai sumber rezeki dan gaya hidup.
Klook memilih kreator bukan berdasarkan bilangan pengikut semata-mata, tetapi pada keaslian, gaya penceritaan, dan minat mereka terhadap dunia pelancongan.
Marcus menegaskan bahawa ramai pencipta kecil atau “micro atau nano creators” sebenarnya mencapai kadar penglibatan yang tinggi kerana mereka dilihat lebih jujur dan mesra seperti rakan yang boleh dipercayai.
Klook turut memperkukuh komuniti global melalui acara KREATORVERSE 2025 yang berlangsung di Jepun. Seramai 112 kreator dari 16 pasaran diterbangkan ke Tokyo, Hiroshima dan Osaka, menghasilkan lebih 1,800 kandungan di media sosial.

Kerjasama dengan Hiroshima Tourism Association turut membantu mempromosikan bandar sekunder seperti Hiroshima, Sapa dan Chongqing, destinasi yang kini semakin mendapat perhatian pelancong gen z.
Melangkah ke hadapan, Klook mahu terus memperkasakan generasi baru “travelpreneur” dengan pelbagai inisiatif, antaranya seperti Kreator Shops, di mana pencipta boleh mencadangkan aktiviti kegemaran mereka di Klook secara terus dan menjana komisen lebih tinggi.
“Kami mahu bantu kreator membina kerjaya yang mampan. Bila mereka berjaya, seluruh ekosistem turut berkembang,” kata Marcus.
Klook kini giat memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk membantu para kreator mengubah minat menjadi sumber rezeki. Salah satunya ialah Kreator Shops, yang membolehkan pencipta kandungan mencadangkan dan mempromosikan pengalaman Klook pilihan mereka sendiri kepada pengikut.
Menariknya, dalam percubaan di pasaran Filipina, pencipta yang menggunakan ciri ini mencatat kadar penukaran tempahan dua kali ganda, di samping menikmati komisen yang lebih tinggi.
Marcus turut mendedahkan bahawa Klook akan mengembangkan faedah berperingkat bagi komuniti kreator, termasuk peluang kolaborasi eksklusif serta akses kepada lebih banyak pengalaman unik di seluruh dunia.
Menutup wawancara, Marcus menjelaskan bahawa strategi Klook kini berkembang jauh melebihi pemasaran biasa, ia telah menjadi enjin utama pertumbuhan syarikat.
“Kami bukan sekadar menjual pengalaman, kami menjual kegembiraan dan komuniti. Pengalaman adalah produk kami, tetapi komuniti adalah enjin pertumbuhan kami,” katanya.
Pendekatan ini menunjukkan bagaimana Klook melihat masa depan pelancongan yang bukan sekadar merancang perjalanan, tetapi membina hubungan antara manusia melalui pengalaman.
Dengan komuniti kreator yang semakin berkembang, setiap perkongsian video bukan saja menginspirasi pelancong baharu, tapi juga membuka peluang rezeki kepada generasi muda yang menjadikan minat sebagai kerjaya.