
Bila Dah Meninggal, Siapa Sepatut & Selayaknya Urus Harta Pusaka Kita? Fahami 6 Perkara Ni Dulu
Pernah terfikir tak? Bila kita sudah tiada nanti, siapa sebenarnya yang layak dan bertanggungjawab urus harta pusaka kita?
Adakah ahli keluarga kita boleh terus menggunakan aset-aset di dalam bank, rumah dan kereta, atau adakah semuanya akan dibekukan?
Hakikatnya, masih ramai yang ambil ringan tentang perancangan pewarisan hingga akhirnya urusan pentadbiran pusaka boleh tergantung bertahun-tahun dan susah untuk dinikmati waris yang berhak.
Tapi, memahami siapa yang layak mengurus harta ini saja tidak cukup. Penting juga pemilik harta atau waris untuk mengetahui apa yang akan berlaku jika urusan pusaka ditangguhkan terlalu lama.
Ramai tidak sedar kelewatan mengurus harta pusaka boleh memberi pelbagai kesan negatif. Menurut Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), antaranya ialah:
Masih ramai tidak faham hukum faraid dan menyerahkan kuasa kepada seorang pentadbir (selalunya anak sulung).
Jika pentadbir menyalahgunakan kuasa dan membahagi sesuka hati, ia boleh membawa kepada pemilikan harta secara tidak sah menurut hukum syarak dan undang-undang.
Harta anda seperti rumah dan tanah warisan, boleh menjadi terbiar kerana tiada siapa yang mengurus.
Kesan: cukai tidak dibayar, tanah menjadi semak, dan waris-waris anda tidak dapat memanfaatkannya.

Jika pusaka belum dibahagi, nama pemilikan masih atas nama anda.
Waris yang menduduki tanah tanpa hak boleh dipertikaikan.
Ada juga kes orang luar menduduki harta pusaka dengan alasan “perjanjian lama”.
Tanpa pelan pewarisan yang teliti, dokumen penting boleh hilang (contohnya geran, informasi hutang).
Sukar buat tuntutan dan boleh hilang hak.
Bila fakta seperti salasilah atau maklumat penting salah atau tiada, pembahagian faraid jadi rumit.
Ada waris menipu dengan menyembunyikan waris sebenar untuk mendapat bahagian lebih.
Ini dikira memakan harta secara batil dan berdosa besar menurut Surah al-Nisa’ ayat 29.
Pewarisan yang tidak jelas juga boleh menyebabkan tiada kata sepakat oleh ahli keluarga.
Tidak dapat dinafikan lagi, pergaduhan tentang harta dan pusaka merupakan salah satu punca utama kerosakan hubungan keluarga.
Berlaku pergaduhan, tidak bertegur sapa, dan hilang semangat kekeluargaan yang sebelum ini rapat.
Akhirnya, harta pusaka yang ditinggalkan anda boleh terbeku akibat perbalahan keluarga.
Sebenarnya, siapa yang layak urus pusaka bergantung pada situasi dan cara kita merancang harta semasa masih hidup.

Untuk lebih jelas, berikut antara pihak yang sah dan selayaknya mengurus pusaka seseorang selepas kematian:
Biasanya, ahli keluarga terdekat seperti pasangan (suami atau isteri), anak-anak, atau ibu bapa (jika tiada pasangan dan anak) akan menjadi pihak pertama yang memulakan proses tuntutan harta pusaka.
Namun, banyak kes menunjukkan waris tidak tahu cara mengurus, tidak sependapat atau tidak mampu menanggung kos awal pentadbiran. Inilah sebab ramai kes pusaka tergantung bertahun-tahun tanpa diselesaikan.
Jika seseorang semasa hidupnya telah membuat wasiat, dia biasanya akan melantik seorang wasi (executor).
Wasi boleh dilantik daripada kalangan individu seperti anak, sahabat, peguam, atau daripada institusi profesional.
Sekiranya seseorang meninggal tanpa meninggalkan wasiat, atau waris tidak tahu cara mengurus pusaka, tanggungjawab ini boleh diserahkan kepada institusi profesional. Antaranya seperti AmanahRaya, Pejabat Pusaka Kecil, atau Pejabat Peguam.
Institusi ini akan membantu menguruskan pentadbiran, penilaian serta pembahagian harta pusaka kepada waris yang sah.
Jawapannya mudah, iaitu dengan merancang lebih awal. Sama seperti kita ambil takaful untuk perlindungan hidup, perancangan pewarisan pula adalah perlindungan untuk warisan keluarga kita kelak.
Tujuannya bukan untuk menambah harta, tetapi untuk memastikan waris tidak terbeban dari segi kos dan masa selepas kita meninggal dunia.
Berita baiknya, AmanahRaya bersama Takaful IKHLAS kini memperkenalkan satu pelan khas untuk membantu keluarga membiayai kos pentadbiran pusaka selepas kita meninggal dunia.

Pelan ini dikenali sebagai Pewarisan Bertakaful. Ia membawa konsep “Legacy Protection”, iaitu satu bentuk kasih sayang yang dirancang dengan bijak.
Kelebihan & manfaat
Caruman bulanan serendah RM10.00
Perlindungan komprehensif (kematian semula jadi atau akibat kemalangan)
Membiayai fi Pentadbiran Pusaka sehingga RM54,000.00
Tempoh perlindungan sehingga 70 tahun
Pendaftaran mudah secara atas talian
Tidak hanya itu, pelan ini juga boleh dilanggan melalui mana-mana cawangan AmanahRaya di seluruh negara. Lebih menarik, pelanggan juga tidak perlu melakukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertainya.
Sebenarnya, pewarisan bukan sekadar tentang harta, tetapi tentang tanggungjawab dan kasih sayang terhadap keluarga.
Ramai masih menunggu “masa yang sesuai” untuk menulis wasiat atau membuat perancangan pewarisan, sedangkan hakikatnya, tiada siapa tahu bila waktu itu akan tiba.
Satu mitos yang sering disalah anggap ialah kononnya perancangan harta hanya untuk orang kaya.
Padahal realitinya, setiap individu yang bekerja pasti memiliki harta, sama ada dalam bentuk akaun bank, simpanan KWSP, pelaburan ASB, pelaburan emas, bitcoin atau aset lain.
Semua ini tetap memerlukan perancangan supaya waris dapat menerimanya dengan mudah dan teratur.
Di sinilah pentingnya Pewarisan Bertakaful, yang membantu memudahkan proses pentadbiran pusaka agar lebih sistematik, teratur dan tidak membebankan waris selepas pemergian kita.
Untuk makluman, AmanahRaya turut menawarkan pelbagai instrumen pewarisan yang menyeluruh. Ini termasuk Pentadbiran Pusaka, Penulisan Wasiat, Pengurusan Amanah, HIBAHKu dan kini, Pewarisan Bertakaful.
Dengan rangkaian perkhidmatan yang lengkap ini, AmanahRaya kekal sebagai pusat sehenti perancangan harta yang dipercayai di Malaysia. Ia membantu anda merancang hari ini demi kesejahteraan keluarga pada masa hadapan.