
Bil elektrik adalah salah satu tagihan bulanan yang kadang-kadang tu boleh buat pening kepala. Tambahan pula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana ahli keluarga majoritinya berada di rumah. Maka lagi melambung la bil elektrik setiap bulan.
Melalui sebuah perkongsian di laman Twitter, lelaki yang dikenali sebagai Mehmed Aezhad berkongsi tips yang dia lakukan untuk kurangkan bil elektrik bulanan.
Malah tulis Mehmed, bil elektrik di rumahnya mampu dikurangkan dari RM208.90 kepada RM36.60 sebulan.
Ikuti perkongsian di bawah.
Hanya buka 30 minit sebelum tidur dan tutup bila bilik dah sejuk.
Siang memang tak buka aircond.
On WiFi bila nak guna sahaja. Nak tidur tutup.
Sebelum tidur tutup semua lampu rumah biar gelap.
Lagi gelap lagi senang nak tidur.
Aku bukan kaki tengok TV. Tengok Netflix pun dekat laptop itupun jarang.
Disebabkan aku pakai MBP (Mac Book Pro), sekali caj bateri tahan 12-18 jam.
So, aku caj 2 jam-3 jam and tutup balik plug.
Weekend je aku balik rumah family or tidur rumah kawan.
Memang jimat elekrik guys!








Korang rasa tips yang mana paling berkesan?
Sumber: Mehmed Aezhad