
BIG Pharmacy Mohon Maaf Atas Isu Video Tular
BIG Pharmacy memohon maaf atas satu video yang dimuat naik dan tular di media sosial baru-baru ini.
Kenyataan itu dikeluarkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi syarikat tersebut.
Menerusi kenyataan itu, BIG Pharmacy telah mengakui kesalahan mereka yang tidak sensitif atas isu kandungan yang menyinggung perasaan sesetengah pihak.
“Kami ingin memohon maaf atas video promosi yang tidak sensitif baru-baru ini. Kami mengakui bahawa kandungan itu tidak sensitif dan menyinggung perasaan. Justeru kami ingin bertanggungjawab atas kejadian ini,” tulis kenyataan itu.
Sehubungan kejadian itu, syarikat tersebut dikatakan telah mengambil langkah segera untuk menangani isu terbabit bagi memastikan ia tidak akan berulang lagi.
“Kandungan tersebut bertentangan dengan kepelbagaian dan keterangkuman kami. Kami juga telah mengambil langkah segera bagi menangani isu ini dan memastikan ia tidak akan berulang lagi,” tambah kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, BIG Pharmacy juga mengakui kesilapan ini dan akan memperbaikinya serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti.
BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’
Pada masa hadapan, mereka juga berjanji akan memastikan kandungan yang dimuat naik lebih sensitif dan mewakili budaya komuniti syarikat tersebut.
“Kesilapan ini adalah salah satu yang kami ambil serius dan akan mempelajari daripadanya. Kami akan lebih berhati-hati untuk memastikan kandungan kami lebih menghormati, sensitif dan mewakili budaya komuniti syarikat kami,” akhiri kenyataan itu.
Sumber: Facebook/BIG Pharmacy