
Bidan Terjun, Penghantar Makanan Dedah Terpaksa Jadi “Spy” Siasat Hubungan Sulit Pelanggan
Seorang penghantar makanan yang bekerja di wilayah Nonthaburi, Thailand mendedahkan bahawa dia telah diupah untuk menjadi pengintip oleh seorang pelanggan yang menyangka teman lelakinya sedang menjalin hubungan sulit.
Pada Julai lalu, ”A” (nama samaran) sedang bekerja pada waktu malam pada ketika itu. Dia kemudiannya menerima pesanan makanan dan mendapat mesej berikutnya pada jam 1.32 pagi.
“Sila makan sendiri makanan tersebut, Tapi boleh saya minta tolong tengok sama ada terdapat kereta di jalan masuk?” mesej wanita itu.
Wanita itu mahu A bersembunyi di sekeliling rumah dan memberi maklumat kepadanya. A berkata pelanggan itu menelefon dan meminta jika ada kereta tertentu berada di jalan masuk, hantar gambar kereta tersebut kepadanya.
”A” membalas mengatakan ada kereta dimaksudkan dan dia mengambil gambar dari jauh kemudian hantar kepada wanita tersebut dan ternyata kereta itu memang benar milik teman lelakinya.
”A” memberitahu media bahawa dia tidak mahu terlibat, tetapi jika dia tidak melakukannya, dia tidak dapat selesaikan tugas tersebut.
Dia berkata lagi proses pembatalan itu berpanjangan, dan dia meminta pelanggan lain untuk menunggu.
Jadi perkara paling cepat dia boleh lakukan adalah dengan menyelesaikan apa yang diminta oleh pelanggan wanita tersebut.
Ia bukanlah perkara luar biasa bagi perkhidmatan penghantaran seperti ini untuk mendapatkan permintaan yang tidak digariskan dalam kerja mereka.
Pada bulan Jun, seorang penghantar barang telah diminta membawa seekor rakun albino yang bernilai RM 6,000 ke Bangkok.
Rakun itu telah melompat keluar dari kotaknya pada pertengahan perjalanan dan menghilangkan diri. Pemandunya kemudian dituduh mencuri haiwan yang jarang ditemui itu.
Rakun itu kemudiannya ditemui berkeliaran di jalan raya Bangkok dan penghantar barang itu dilaporkan telah dilepaskan.
Sumber: The Thaiger
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang