Umum telah mengetahui bahawa Raja Permaisuri Agong kita iaitu Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut dikenali dengan sifatnya yang suka memasak seperti seorang suri rumah biasa.
Telatahnya apabila memasak secara tidak langsung telah membuatkan ramai rakyat Malaysia senang hati melihat setiap hasil masakannya.
Menerusi satu perkongsian di akaun airtangan_tunkuazizah, Permaisuri Agong telah berkongsikan suatu gambar yang menunjukkan tangannya yang kelihatan terdapat kesan melecur. Sambil itu juga, tuanku ada menyelitkan tentang kisahnya belajar memasak ketika waktu kecil.
Sumber: Instagram