Rezeki datang dalam pelbagai cara. Kadang-kala ianya hadir tanpa terduga oleh kita. Seperti apa yang berlaku kepada seorang ‘rider’ GrabFood baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran yang tular, individu yang menggunakan akaun @runqifadamha di Twitter, telah berkongsi pengalamannya apabila bertemu pelanggan yang bermurah hati.
Pelanggan tersebut dikatakan membuat pesanan makanan segera tetapi bukan untuk diri sendiri, sebaliknya untuk rider berkenaan.
Dalam mesej yang dihantar, dia memberitahu bahawa tindakannya itu adalah ikhlas dan meminta pemuda itu untuk mengisi perut sebelum menyambung kerja.
Fuhh, tabik spring dengan orang yang baik hati macam ni!
Saya ikhlas, jangan hantar pada saya
Netizen turut memberikan pelbagai reaksi dengan rata-ratanya memuji kebaikan hati pelanggan berkenaan. Benarlah, dalam rezeki kita sebenarnya terdapat rezeki orang lain.
Sukanya tengok orang macam ni

Mulia betul hati dia

Pernah dapat customer macam ni


Sumber : @runqifadamha