Gambar : Kompas.com

Biar Kereta Tersadai Lebih Setahun, Terkejut Tengok Kena Caj “Parking” Lebih RM 14 Ribu

Fathin Nadzira

Sebuah kereta Honda HR-V ditemui tersadai selama lebih setahun di kawasan Multi Level Car arking (MLCP) Terminal Ketibaan Domestik Lapangan Terbang ANtarabangsa 1 Gusti Ngurah rai, Bali, lapor Kompas.com.

Kata Perhubungan Pemangku Kepentingan Lapangan Terbang Ngurah Rai, Taufan Yudhistira, kos parkir kereta tersebut mencecah lebih daripada Rp 50 juta (RM 14.67k) apabila merujuk kepada kadar parkir sedia ada.

Gambar : kompas.com

Sudah 15 Bulan Parkir Di Situ

Taufan menjelaskan bahawa tarif yang dikenakan bagi kenderaan bermotor empat roda adalah sebanyak Rp 10k (RM 2.93) untuk sejam pertama dan Rp 5k (RM 1.47) sebagai kadar progresif setiap jam selepas itu. Jika kehilangan tiket, pelanggan akan dikenakan denda sebanyak Rp 100k.

Namun, kereta Honda HR-V itu diketahui telah diparkir di lapangan terbang tersebut sejak 29 November 2020, lebih kurang 15 bulan yang lepas.

Masih Mencari Pemilik Kereta Tersebut

Jelasnya lagi, beliau mengaku bahawa beliau tidak mengenali pemilik kereta tersebut dan pihaknya telah mengesan bersama-sama pihak polis untuk mengetahui gerangan pemiliknya.

Beliau turut merayu kepada orang ramai supaya mengambil semula kereta yang telah lama tersadai di situ.

Dengan ini, tiada lagi kereta yang akan mengganggu kapasiti jumlah kereta di Lapangan Terbang Ngurah Rau.

Gambar : Liputan 6

Ini Bukan Kes Pertama Yang Berlaku

Berdasarkan laporan, ini bukan kes pertama yang berlaku di Lapangan Terbang 1 Gusti Ngurah Rai.

Pada Jun 2021, berpuluh-puluh motosikal juga didakwa telah tersadai di tingkat dua tempat parkir kereta lapangan terbang tersebut.

Malah, motosikal yang pelbagai jenama tersebut berada dalam keadaan berdebu akibat ditinggalkan lama oleh pemiliknya.

Sehingga kini, pihak mereka masih belum mengetahui punca pemilik motosikal tersebut dan telah mengganggu kapasiti tempat letak kereta di lapangan terbang tersebut.

Sumber : Kompas.com