rayer kenyataan dap
Kredit: Awani

“Biadab” Rayer Pertahankan Ahli Parlimen Melayu-Islam DAP Terhadap Kenyataan ‘DAP Kafir’

Nurhanis

“Biadab” Rayer Pertahankan Ahli Parlimen Melayu-Islam DAP Terhadap Kenyataan ‘DAP Kafir’

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh wakil Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuki Haary, sebagai kurang sopan dan biadab kerana Parti Tindakan Demokratik (DAP) turut dianggotai oleh Ahli Parlimen yang beragama Islam.

Beliau yang bangun mempertahankan kenyataan ‘DAP Kafir’ itu mahu Ahmad Marzuki menarik semula susulan Ahli Parlimen Bentong, Bangi dan Bukit Bendera beragama Islam, sama sepertinya.

“Sebelum Yang Berhormat Pengkalan Chepa duduk, beliau telah mengeluarkan kenyataan kita semua telah dengar bahawa ‘DAP adalah kafir’.

“Kita ada ahli-ahli Parlimen (DAP) daripada Bentong, Bangi. Bukit Bendera yang beragama Islam.

“Saya minta Yang Berhormat, kalau nak mengkafirkan kami tiada masalah, tetapi kenapa menyatakan DAP kafir walhal Yang Berhormat daripada Bangi, Bukit Bendera, Bentong merupakan ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam, sama agama,” katanya.

Jelasnya, beliau tidak mempunyai masalah digelarkan sebagai kafir namun Ahmad Marzuki perlu menghormati ahli DAP yang beragama Islam memandangkan tidak semua mempunyai agama yang sama.

Beliau menegaskan kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan dan sememangnya tidak beradab.

“Tolonglah jangan biadab macam ini Yang Berhormat. Speaker, saya minta beliau tarik balik kenyataan itu.

“Sebab kenyataan yang dibuat oleh beliau, DAP adalah kafir itu adalah kurang sopan dan memang biadab.

“Mereka sama beragama Islam dengan Yang Berhormat,” katanya di dalam Dewan Rakyat.

Sumber: @501Awani/X

BACA: Parlimen: Tindakan Pelawak Perlekeh Tragedi MH370 Wajar Dikutuk, Kecam