Pencegahan patah tulang osteoporotik yang berikutnya kini menjadi lebih penting dalam landskap kesihatan tulang dunia pasca COVID-19
KUALA LUMPUR, 11 Oktober – Sempena Hari Osteoporosis Sedunia (WOD) pada 20 Oktober, Bone Health Alliance Malaysia (BHAM) menyeru rakyat untuk mengutamakan pengurusan kesihatan tulang dan pencegahan kepatahan tulang osteoporotik berikutnya dalam dunia pasca COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia – ini boleh dicapai dengan mengenal pasti faktor risiko, mengubah persepsi bagi mengetengahkan kepentingan pengurusan patah tulang akibat kerapuhan yang tepat, dan memacu langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya patah tulang pada masa hadapan.
Osteoporosis sering disifatkan sebagai “penyakit senyap” kerana ia melemahkan tulang secara berkala dan tidak didiagnosis sehingga kepatahan tulang berlaku. Kepatahan tulang yang dikaitkan dengan osteoporosis telah diiktiraf sebagai salah satu masalah kesihatan utama di dunia dalam kalangan warga emas dan wanita yang melalui menopaus1,. Ini menyebabkan kehilangan upaya yang ketara, mengurangkan kualiti hidup, dan sesetengahnya boleh mengakibatkan kematian. Di Malaysia, statistik menunjukkan kurang satu daripada setiap empat warganegara yang mengalami kepatahan tulang dapat berjalan secara bebas enam bulan selepas keluar daripada pusat rawatan, manakala selebihnya tidak mampu bergerak atau memerlukan bantuan berjalan.
Rawatan Osteoporosis Diabaikan Semasa Pandemik
Pandemik COVID-19 telah menjejaskan pencegahan dan penjagaan osteoporosis di seluruh dunia secara ketara. Pelbagai sumber kajian dan tinjauan global jelas menunjukkan kesannya seperti pengurangan dalam penilaian ketumpatan mineral tulang (DXA), gangguan rangkaian bekalan ubat dan juga gangguan rawatan,,.
“Rakyat Malaysia perlu menyedari bahawa terdapat isu-isu pasca-pandemik berkaitan dengan kesihatan tulang yang perlu ditangani. Pengurangan aktiviti fizikal secara drastik akan meningkatkan risiko kejatuhan dan kepatahan tulang, dan kekurangan vitamin D disebabkan pendedahan matahari yang terhad memberi kesan negatif terhadap kesihatan tulang.
“Pengasingan sosial yang semakin meningkat juga boleh mengakibatkan kemerosotan kognitif di kalangan warga emas yang mengurangkan kepatuhan terhadap rawatan atau penjagaan pemakanan yang betul, dan meningkatkan aktiviti yang menimbulkan risiko lebih besar untuk kejatuhan dan kepatahan tulang,” kata Dato’ Dr Lee Joon Kiong, Presiden Rangkaian Fraktur Kerapuhan Malaysia & Perunding Pakar Bedah Ortopedik.
Pemerhatian dalam dunia pasca pandemik telah menunjukkan penangguhan lawatan susulan ke pusat perubatan atau penjagaan yang tidak teratur, yang mungkin telah menimbulkan lebih banyak aduan seperti kepatahan tulang. Jika dibiarkan, ia mungkin boleh mengakibatkan peningkatan kadar kepatahan tulang, dan peningkatan ketara dalam morbiditi individu serta bebanan masyarakat6. Oleh itu, ia sangat penting bagi sesiapa yang menghidap osteoporosis untuk mengelakkan kepatahan tulang sewaktu kita beralih ke fasa endemik.
Fraktur Mengundang Fraktur
Secara ringkasnya, satu kejadian patah tulang akan menyebabkan patah tulang yang lain. Pencegahan kepatahan tulang adalah langkah yang penting untuk menangani isu ini, tidak kira sama ada bagi kepatahan tulang pertama atau kepatahan tulang osteoporotik yang berikutnya. Berjuta-juta lelaki dan wanita mengalami kepatahan tulang berkaitan dengan osteoporosis pada setiap tahun, dan hampir separuh daripada pesakit yang patah pinggul pernah mengalami patah tulang sebelumnya. Kepatahan tulang pertama telah dikaitkan dengan peningkatan risiko patah tulang sebanyak 86% dan risiko yang tinggi dalam tempoh dua tahun pertama selepas patah tulang pertama9.
Dalam landskap dunia pengurusan osteoporosis, laporan menunjukkan bahawa walaupun seorang individu mempunyai risiko tinggi untuk mengalami patah tulang osteoporosis, hanya 12 peratus pesakit dilaporkan menggunakan ubat untuk menjamin kesihatan tulang, dan kurang daripada satu dalam setiap lima menerima pembedahan dalam tempoh masa 48 jam dari kemasukan ke hospital seperti yang disyorkan disebabkan kurangnya kesedaran tentang pengurusan kesihatan tulang.
“Berdasarkan peningkatan populasi warga tua di Malaysia serta ramalan peningkatan bilangan kes kepatahan tulang pinggul tertinggi di Asia, Malaysia dijangka akan dibebankan dengan kos RM530 juta untuk perkhidmatan berkaitan kesihatan menjelang tahun 20503,. Mengutamakan pengurusan kesihatan tulang di peringkat kebangsaan serta melaksanakan dasar penjagaan kesihatan yang bertujuan untuk mengurangkan beban ini adalah satu pendekatan strategik dan sistematik yang akan membantu mengurangkan kesan negatif terhadap populasi dan sistem penjagaan kesihatan,” kata Prof Dr Chan Siew Pheng, Presiden Persatuan Osteoporosis Malaysia & Pakar Perunding Endokrinologi.
Menyokong Pencegahan Fraktur Osteoporotik Selanjutnya
“Fraktur osteoporotik yang berulang tidak akan berlaku sekiranya kepatahan tulang yang pertama dirawat dengan segera dan secukupnya. Rakyat Malaysia perlu membuat perubahan tingkah laku positif dalam pengurusan kesihatan tulang dengan mendapatkan rawatan apabila fraktur berlaku, terutamanya dalam dunia pasca pandemik ini. Sama seperti pendirian BHAM, memandangkan doktor penjagaan primer merupakan titik hubungan pertama bagi kebanyakan pesakit, kami ingin memperkasakan rakyat Malaysia untuk membincangkan hal kesihatan tulang, dan berkongsi kebimbangan dan soalan dengan doktor mereka,” kata Cik Choo Yem Kuen, Presiden Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur dan Selangor.
Selain itu, penjagaan sekunder juga merupakan komponen penting dalam meningkatkan hasil rawatan osteoporosis dengan menilai kesihatan tulang mereka dan memulakan pelan rawatan berterusan selepas menerima rawatan untuk kepatahan tulang di hospital.
Berikut adalah beberapa petua untuk mencegah fraktur osteoporotik berikutnya:
Pemakanan yang sihat dan seimbang dengan pengambilan kalsium, protein dan vitamin D yang mencukupi.
Senaman yang kerap yang meningkatkan keseimbangan, postur, koordinasi dan kekuatan otot.
Bersikap proaktif bagi mencegah kejatuhan di dalam rumah dan di luar, dengan memastikan persekitaran anda selamat.
Berbincang dengan doktor anda jika anda perlu menilai risiko osteoporosis anda melalui imbasan DXA dan pengurusan kesihatan tulang yang sesuai.
Mengekalkan kesinambungan penjagaan dan rawatan tulang.
“Sebagai Rakan Sokongan Korporat, Amgen amat bangga untuk menjadi sebahagian daripada pergerakan BHAM dalam usaha berterusan kami untuk melawan kesan osteoporosis terhadap pesakit, penjaga mereka dan sistem penjagaan kesihatan. Ini juga termasuk perjuangan kami untuk memperkasakan suara pakar tulang terkemuka dan penyokong pesakit untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang penjagaan osteoporosis dan pencegahan patah tulang,” kata Kang C-Sze, Ketua Komersial, Amgen Malaysia.
Ikuti BHAM di Facebook untuk maklumat terkini: www.facebook.com/BoneHealthAllianceMY