RAMAI antara kita yang masih keliru dengan penyakit yang tersebar melalui udara (airborne) dengan titisan air (droplet).
Kesangsian ini juga boleh dikatakan agak memuncak ketika musim wabak COVID-19 ini.
Tapi jangan risau, kekeliruan ini telah dijawab oleh sebuah laman kesihatan di Facebook, Public Health Malaysia.
Mari kita baca penjelasan tersebut.
Penyakit yang kita sedang perangi adalah penyakit yang disebarkan oleh titisan air.
Ia berlaku apabila seseorang individu batuk atau bersin (atau bercakap tersembur air liur) berhampiran dengan anda.
COVID-19 tidak seperti penyakit TB, Measles dan Chicken Pox yang disebarkan oleh udara.
Penyakit sebaran udara lebih cepat berjangkit dan pergi lebih jauh. . PALING PENTING, penyakit COVID-19 boleh di cegah dengan:
Basuh tangan
Jangan sentuh muka, gosok mata, korek hidung
Jangan duduk dekat dekat
Individu bergejala di asingkan sementara

Alhamdulillah. Sudah jelaskan?
Kini perkara penting yang kita perlu buat adalah sentiasa mematuhi saranan kerajaan iaitu duduk di rumah, jaga penjarakan sosial dan sentiasa mencuci tangan.
Selamat menjaga diri!
Sumber: Public Health Malaysia