
Betulkan Bahu Terkehel Kurang Dari 10 Saat, Aksi Petinju Thailand Ini Raih Perhatian Ramai
Petinju Muaythai dari Thailand, Wutichok Srichai, menarik perhatian ramai setelah satu klip video berdurasi 17 saat yang memaparkan aksinya dalam pertandingan Thai Fight menjadi tular.
Dalam klip itu, Srichai, yang lebih dikenali sebagai Pakthongchai, ‘memukau’ penonton apabila dia dengan pantas membetulkan sendiri bahunya yang terkehel hanya dengan bantuan tali gelanggang.
Ketika perlawanan berlangsung, satu serangan lawan membuatkan Pakthongchai berhenti seketika.
Lawannya, yang terkejut melihat situasi tersebut, kelihatan sedikit cemas dan merasa bersalah.
Dalam keadaan bahunya terkehel, Pakthongchai berundur beberapa langkah ke belakang, menuju ke arah tali gelanggang.
Namun, dengan tenang, Pakthongchai meletakkan bahunya pada tali gelanggang dan dalam masa kurang dari 10 saat, bahunya yang terkehel kembali pulih seperti biasa.
Pakthongchai kemudian meneruskan pertarungan, bangkit untuk memenangi perlawanan.
Aksinya yang tenang itu meraih pujian daripada pengulas serta warga maya, yang menyatakan bahawa Pakthongchai kelihatan seolah-olah sudah terbiasa menangani situasi mencabar tersebut.
“Rasanya benda ni pernah terjadi dekat dia dah beberapa kali,”
“Takda perubahan pada ekspresi wajahnya, macam takda apa-apa berlaku,”
“Petinju Muaythai memang ‘berbeza’,”
Selain itu, terdapat juga warga maya yang memuji sikap lawannya yang memberi ruang kepada Pakthongchai selepas mengalami kecederaan itu.
“Perlu beri penghormatan kepada lawannya juga,”
“Lawannya adalah pejuang sebenar kerana membiarkan dia merawat kecederaannya,”
BACA: “Bukan Level ASEAN”, PSSI Impi Perlawanan Persahabatan Dengan Gergasi Eropah
BACA: Tempoh Interim Tamat, Nistelrooy Serah Tugas Kepada Amorim
BACA: Bruno Fernandes ‘Ingatkan’ Era Baru Manchester United Akan Bermula
Sumber: Stadium Astro