
Pernah tak rumah anda mendapat notis ‘disita’ daripada pejabat tanah? Mesti kita terus terfikir kan yang rumah, harta semua ‘habis’ bakal dijual nanti.
Jadi apa nak buat? Memang betul-betul kena sita ke? Rumah kita yang kena jual nanti? Jangan risau, segala kekeliruan ini dah pun dijawab oleh peguam hartanah, Syazwan Mohd Jafri.
Encik Syazwan ada berkongsi perkongsian ringkas dan padat mengenai isu notis rumah disita ini dalam Group Facebook Tukang Apa Hari Ini (T.A.H.i.) baru-baru ini. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.
Semoga bermanfaat!

Salam warga T.A.H.i., pagi ni dalam bertukang mungkin kita atau kenalan ditimpa masalah dapat notis sita. Apa maksud disita ni?
Habis la rumah kita kena disita dan dijual? Harap perkongsian pagi ni dapat menjelaskan serba sedikit. Terima kasih warga T.A.H.i. dan admin.
Alamak! Dapat notis sita pulak! Habislah rumah kena sita dan kena jual nanti..
(ketahui maksud dan prosesnya)
Bayangkan jika ada ahli keluarga atau kenalan kita ditimpa nasib seperti ini. Apakah yang perlu kita ketahui dan apakah tindakan yang boleh dilakukan?
Sharing agak ringkas jadi mari kita mulakan.
Secara ringkas, WSS adalah sebuah bentuk proses ‘pelaksanaan’ yang difailkan selepas mendapat penghakiman – diperoleh lepas failkan writ saman (Aturan 45, Kaedah-Kaedah Mahkamah) ke atas penghutang.
Perlu difahami, effect WSS adalah konteks bicara kita hari ini, hanya ‘harta alih’ penghutang yang akan disita dan dijual, bukanlah rumah itu sendiri.
‘Harta Alih’ – seperti aircond, perabot, barangan dapur, set tv dan lain-lain.
Kebiasaannya, selepas WSS difailkan di mahkamah, WSS tersebut akan ditampal di premis yang akan disita. WSS ini akan dijalankan oleh Bailif, yang akan membuat inventori dan tetapkan harga jualan bagi setiap harta alih yang disita.
Selepas itu, masa 14 hari akan diberikan untuk penghutang membuat bayaran dan selesaikan hutang – suatu jumlah yang memuaskan hati dan mencukupi bagi mengelakkan harta alih dijual. Maka masih ada peluang untuk membuat pembayaran.
1. WSS juga boleh dijalankan ke atas hartanah itu sendiri – jadi pastikan membaca betul-betul notis sita. (topik untuk hari lain)
2. Harta alih yang disita kebiasaannya dijual bawah harga pasaran bagi memudahkan dapat jual – jadi cuba sedaya upaya untuk elak harta alih dijual.
Sekian, Syaz.MJ Peguam hartanah anda
Untuk panduan akan datang, anda boleh mengikuti Encik Syazwan di Tiktok, Instagram dan medan rundingan bagi mengetahui pelbagai informasi mengenai undang-undang hartanah dan seumpamanya.
Sumber: Syazwan Mohd Jafri melalui Tukang Apa Hari Ini