Kredit: Facebook

Betul-betul Atas Bumbung, Wanita Rakam Bentuk Awan Aneh Seakan Berwajah

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Awan merupakan satu objek yang misteri. Ia kelihatan ringan seakan-akan kapas, boleh berubah-ubah bentuk dan ada kalanya, memiliki ‘warna yang tersendiri’.

Ada kalanya, awan yang dilihat seolah-olah wujud dengan personaliti dan emosi sendiri. Maka tak hairanlah, ada madah yang mengaitkan bentuk sesuatu awan itu dengan emosi manusia.

Ketika cuaca cerah, awan putih ringan yang berlayar di kaki langit mampu mendatangkan rasa tenang. Jika gumpalannya tebal, hitam dan gelap, dipadankan pula dengan rasa sedih dan galau dalam diri. Di waktu senja, awan yang terletak elok di depan matahari sambil menapis cahaya jingga pula digambarkan sebagai suasana yang romantik.

Oleh sebab sifatnya yang begitu unik, awan juga menjadi pilihan jurugambar untuk dijadikan subjek dalam seni fotografi, khususnya golongan nefofilia.

Begitulah salah sebuah perkongsian yang dikongsikan oleh seorang ahli kumpulan Facebook Mobilegraphy Malaysia.

Pengguna Facebook, Liza Hj Kamaruddin berkongsi hasil seninya yang menampilkan awan yang seakan-akan berputar.

Kredit: Facebook

Menurutnya, dia melihat awan ini selepas waktu subuh menerusi tingkapnya. Baginya, ia merupakan kali pertama dirinya melihat keadaan awan bergulung, bertingkat dan hujungnya seperti dipintal.

Memandangkan kejadian ini sangat ‘rare‘, Puan Liza mengambil gambar beberapa kali menerusi Xiaomi 11. Untuk mendapatkan komposisi yang lebih padu, dia membuat sedikit ‘touch up’ dengan menggunakan aplikasi Snapseed.

Selepas kejadian tersebut, Liza memberitahu pengguna lain bahawa ada berlakunya hujan dalam waktu yang singkat dan cuaca menjadi cerah semula.

Hasil tangan Liza telah meraih perhatian warganet iaitu sebanyak 2.5k tanda suka, 209 komen dan dikongsikan sebanyak 58 kali.

Berdasarkan komen pengguna Riyzz Rayyan, kejadian awan tersebut merupakan fenomena towering colomunimbus.

Kredit: Facebook

Berdasarkan komennya, dua perkara akan berlaku iaitu, sama ada ribut petir berserta hujan lebat atau pembentukkan funnel cloud.

Rata-rata, pengguna mempamerkan rasa kagum akan kejadian alam semula jadi, berserta bakat fotografi yang dimiliki Liza.

Ada yang mengatakan ia seakan-akan imej wanita, ada juga yang mengatakan ia membentuk raut wajah orang tua.

BACA: Tular Rakaman Objek Putih Melekat Di Pokok Sawit, Seakan Awan ‘Jatuh’ & Tersangkut

Sumber: Mobilegraphy Malaysia via Facebook