Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Terbaharu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam perkongsian di laman Twitter mengingatkan pengguna supaya sentiasa berwaspada dengan SMS palsu berkenaan pengeluaran i-Citra.
Dalam makluman tersebut, pihak KWSP telah menegaskan bahawa mesej berkenaan pengeluaran i-Citra yang sedang tersebar melalui SMS tersebut adalah tidak benar.
Menurut pihak KWSP, SMS palsu tersebut dibuat bertujuan untuk mendatangkan kekeliruan kepada semua ahli KWSP yang terlibat.
Selain itu, pihak KWSP juga menggalakkan para ahli KWSP untuk mendapatkan maklumat yang sahih mengenai i-Citra melalui media sosial rasmi KWSP atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.
Akhir sekali, pihak KWSP turut mengingatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat palsu atau tidak sahih kerana ianya akan mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai.
Sumber: Twitter KWSPMalaysia