Setelah bertahun-tahun mengalami masalah pernafasan, lelaki ini akhirnya mendapat jawapan mengejutkan setelah doktor menemukan sesuatu yang tak disangka-sangka tumbuh di dalam hidungnya.
Menurut Daily Star, lelaki berusia 38 tahun itu berkunjung ke klinik dan mengadu sukar bernafas melalui hidung.
Namun begitu, lelaki berkenaan mengesahkan bahawa dia tidak mengalami sebarang trauma di bahagian muka atau kelainan namun keadaan tersebut berlaku secara berterusan.
Doktor bertindak melakukan prosedur rhinoscopy, di mana tiub dimasukkan ke dalam hidung lelaki berkenaan untuk memeriksa keadaannya dengan lebih terperinci.
Gambar: Daily StarNamun tak disangka-sangka, doktor menemukan objek putih tumbuh di dalam rongga hidung lelaki itu yang dikenalpasti sebagai gigi ectopic.
Untuk pengetahuan, ectopic merupakan salah satu istilah perubatan yang bermaksud sesuatu yang terletak secara tidak normal dan keadaan ini sangat jarang terjadi.
Gambar: Daily StarJelas Dr Sagar Khanna dan Dr Michael Turner dalam The New England Journal of Medicine, lelaki itu telah pun menjalani pembedahan membuang gigi di dalam hidung sebelah kanannya dan tiada sebarang komplikasi berlaku.
“Gigi berukuran 14 milimeter panjang itu telah dicabut melalui prosedur pembedahan oral dan otolaryngologic. Tiada komplikasi yang berlaku selepas pembedahan.
“Pemeriksaan susulan selepas pembedahan mendapati gejala hidung tersumbat lelaki berkenaan telah hilang,” jelas doktor dari Mount Sinai Health System itu, memetik laporan Daily Star.
Sumber: Daily Star