Seorang jurugambar menghabiskan masa enam bulan bersama keluarga untuk mengubah bentuk badan mereka melalui diet dan senaman.
Diet atau menjadi sihat menjelang tahun baharu merupakan satu azam popular yang dibuat dalam kalangan masyarakat, namun tidak ramai yang beriltizam untuk meneruskan perjuangan itu kerana sudah terbiasa makan tanpa dikawal.
Walaupun pada awalnya ramai yang tidak sanggup untuk berkorban, namun hasil yang ditunjukkan telah membakar semangat mereka untuk meneruskan perjuangan demi mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.
Keluarga turut memainkan peranan penting kerana ia boleh dijadikan sebagai sumber terkuat, malah mengurangkan beban yang dihadapi, atau menjadi punca untuk mereka tidak meneruskan diet lagi.
Lakukan perubahan diri bersama keluarga
Tatkala ramai yang membuat keputusan untuk menjadi sihat seorang diri, Jesse Ding dan keluarganya telah menghabiskan masa enam bulan untuk mengubah bentuk badan mereka melalui diet dan senaman.
Ding yang juga merupakan jurugambar profesional menggunakan kemahiran fotografinya untuk mendokumentasi dan menjejaki perkembangan keluarganya dengan meletakkan gambar bersebelahan yang disiarkan di laman Instagram.
Gambar: @xyjesse via InstagramMemetik Insider, perubahan dalam rutin hariannya berlaku selepas kedua ibu bapanya berpindah untuk menjaga isterinya yang sedang hamil.
Hubungan erat mereka berdua mula terjalin selepas Ding berhasrat untuk membantu ayahnya dalam memastikan kesihatannya berada di landasan yang betul.
“Ayah saya sentiasa seorang yang agak pendiam dan menyendiri. Apabila beberapa kerugian berlaku dalam perniagaan membuatkan dia tertekan, saya perasan bahawa kesihatannya semakin merosot dan ini membuatkan saya sedih.
“Saya ingin membantunya untuk kembali sihat jadi saya sengaja meletakkan 10 kilogram supaya kami dapat melakukan senaman diet bersama. Gambar-gambar itu untuk membantu menunjukkan kepadanya kemajuan yang kami capai,” katanya.
Gambar: @xyjesse via InstagramLetak target untuk dicapai
Sebagi permulaan Ding meletakkan target untuk dicapai dan meyakinkan bapanya untuk mula berjalan laju, sebaliknya bapa Ding memang mahu untuk bersenam dengan sukarela.
Kumpulan duo itu mula berlari dan kemudian mengangkat berat di gimnasium untuk menambah otot. Selepas senaman mereka membuahkan hasil, ibu Ding mula menyertai dan bersenam bersama mereka.
Menganggap sebagai pengalaman berharga, Ding berkata pengalaman ini berbeza daripada percubaan lepas dalam mengamalkan hidup sihat kerana mereka memberi sokongan sesama mereka.
“Pertama, anda perlu komited kepadanya. Anda tidak boleh hanya berkata anda mahu, anda mesti bersungguh-sungguh.
“Maka anda mesti melakukannya dengan kasih sayang. Senaman yang kerap, mengawal pemakanan anda, menyokong satu sama lain adalah penting,” tambahnya.
Diet, makan masakan yang sihat
Gambar: @xyjesse via InstagramSelain senaman, Ding dan keluarganya turut melakukan diet. Nasihat terbaik Ding untuk keluarga yang juga ingin mewujudkan tabiat yang sihat adalah memberi tumpuan kepada pemakanan sihat sebagai satu unit.
“Satu perkara yang sangat penting bagi saya ialah makan bersama sebagai sebuah keluarga.
“Masakan rumah, bukan makanan segera, rasanya ini yang banyak membantu saya,” ujarnya.
Gambar: @xyjesse via InstagramFoto transformasi keluarga itu mendapat perhatian orang ramai. Gambar yang dikongsi Ding mendapat banyak tanda suka dan komen daripada orang yang kagum dengan kemajuan mereka.
Perjalanan keluarga Ding menunjukkan bahawa oerubahan yang sihat boleh dilakukan dengan langkah kecil dan sistem sokongan yang hebat.
Sumber: Insider