Kuala Lumpur, 11 Ogos- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka bakal melanda dua buah negeri di utara semenanjung sehingga jam 6 petang ini.
Amaran yang dikeluarkan pada 3.55 petang tadi merangkumi negeri Perlis dan Kedah, melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.
Penduduk di kawasan terlibat diingatkan agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di luar rumah.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia)