
Seorang peniaga cilik undang sebak netizen selepas hampir enam tahun berniaga disebabkan tidak sanggup melihat ibunya bersusah payah bagi berniaga untuk membayar rumah sewa.
Mencari sesuap nafkah yang halal di dunia yang kian mendesak kehidupan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Demi meringankan beban keluarga, seorang remaja berumur 16 tahun sanggup ‘menjual’ waktu lapangnya untuk berniaga.
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh FS Channel, ia menunjukkan kegigihan dan kesabaran seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Adik Ilham yang mula berniaga sejak kecil untuk membantu keluarga.
“Adik Ilham ni niaga pulut panggang dan nasi lemak sejak umur 10 tahun. Sekarang adik ni dah tingkatan empat. Hampir enam tahun niaga bantu ibu sebab dia kesian tengok ibu dia susah payah niaga untuk bayar rumah sewa,” jelas FS Channel.

Difahamkan, dia menjual pulut panggang dengan harga yang cukup murah. Tambahan pula, inti pulut itu dimasak dengan penuh sabar selama beberapa jam hingga ‘sempurna’ kejadiannya.
“Pulut panggang hanya RM1 sahaja, rasa dia sedap sangat. Adik Ilham kata ibu masak inti pulut panggang sampai 4 jam ke 6 jam,” menurut FS Channel.
Walaupun hanya berniaga pulut panggang dan nasi lemak berdekatan LRT Setiawangsa, namun Ilham bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada guru-gurunya kerap kali membeli dengan jumlah yang banyak.
“Adik Ilham ucap terima kasih kepada cikgu-cikgu dia yang kerap kali bantu beli dengan jumlah yang banyak. Sempat sampaikan hadiah dekat adik Ilham dan dia terkejut tak pernah dapat sebanyak itu,” maklum FS Channel lagi.
Untuk makluman, adik Ilham berniaga dari jam 4.30 petang di LRT Setiawangsa manakala hari Sabtu dan Ahad pula cuti.
Sumbe: Facebook FS Channel