
BYD Malaysia, DENZA, jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia, bakal mencetuskan keterujaan dan meningkatkan kesedaran awam mengenai mobiliti elektrik menerusi acara sulung BYD Tech Discovery.
Berlangsung dari 14 hingga 16 November 2025 di Carpark 3, Plaza Arkadia, Desa ParkCity, pameran imersif ini mengajak rakyat Malaysia merasai sendiri masa depan pemanduan pintar dan lestari.

Bertemakan “BYD Intelligence. Powering Malaysia Forward”, BYD Tech Discovery bukan sekadar pameran produk. Ia merupakan teknologi mobiliti elektrik pertama di Malaysia yang bertujuan memberi inspirasi kepada pemandu, peminat kenderaan elektrik (EV), dan rakyat Malaysia yang celik teknologi untuk menerokai generasi baharu teknologi pintar dan mobiliti lestari.
Sebagai jenama kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) terkemuka di negara ini, BYD telah meraih kepercayaan rakyat Malaysia melalui komitmennya terhadap inovasi, keselamatan dan kebolehcapaian.
Dari teknologi perintis seperti Blade Battery dan e-Platform 3.0 hinggalah kepada sistem pintar yang mentakrifkan semula prestasi serta keselesaan, BYD terus mendahului dalam membentuk masa depan yang lebih bersih dan pintar untuk semua.

Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, berkata, “Saya amat teruja menyambut kehadiran rakyat Malaysia ke BYD Tech Discovery, satu peluang unik untuk merasai sendiri semangat dan inovasi di sebalik teknologi kami yang dibangunkan berasaskan komitmen jangka panjang dan usaha berterusan dalam inovasi, daripada Blade Battery dan e-Platform 3.0 hinggalah ke DiSus Intelligent Body Control System serta pelbagai sistem pintar lain.

Kami memikul tanggungjawab besar untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai masa depan mobiliti, memberi peluang kepada semua untuk menyaksikan potensi, keterujaan, dan visi global dalam usaha mengurangkan suhu bumi sebanyak 1 darjah celcius.
Jelajah BYD Tech Discovery ini adalah cara kami berkongsi perjalanan tersebut bersama rakyat Malaysia. Ia bukan sekadar pameran, tetapi detik penting dalam gerakan nasional menuju masa depan yang lebih bersih dan mampan.”
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors, berkata, “Acara ini amat bermakna bagi kami di Sime Motors. Sempena sambutan ulang tahun ke-45 kami, kami berbangga berdiri seiring dengan tujuh rakan automotif global, termasuk BYD, jenama yang berkembang paling pesat dalam portfolio kami. Dalam hanya 25 hari lagi, kita juga akan menandakan tiga tahun sejak pelancaran pertama BYD di Malaysia.”

Hari ini, rangkaian BYD merangkumi cawangan jualan dan selepas jualan di seluruh kawasan utama, disokong oleh BYD Academy yang berdedikasi, melengkapkan pasukan kami dengan kepakaran mobiliti elektrik bertaraf dunia serta infrastruktur kukuh termasuk 12 pusat badan dan cat kenderaan bertauliah, dan sebuah gudang yang menguruskan 4,610 barangan dengan kadar ketersediaan 94% setakat Oktober 2025.
Dengan lebih 24,000 pemilik BYD dan DENZA, Jelajah BYD Tech Discovery menandakan langkah berani dalam membawa mobiliti pintar dan lestari kepada lebih ramai rakyat Malaysia.”

Dengan lebih 40 cawangan BYD dan DENZA di seluruh negara serta sasaran mencapai 50 cawangan BYD menjelang akhir 2026, BYD Sime Motors terus memperkukuh peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik. Melalui rangkaian jualan dan servis yang semakin meluas, sokongan pelanggan yang dipercayai, serta komitmen kukuh terhadap masa depan yang lebih bersih dan pintar, BYD Sime Motors teguh menerajui perubahan ke arah gaya pemanduan yang lebih lestari.
Apa yang Menanti di BYD Tech Discovery
Pengunjung boleh menantikan pelbagai aktiviti menarik dan pengalaman interaktif yang menonjolkan keunggulan teknologi BYD:

Zon Pandu Uji & Pandu Percubaan
Rasai keseronokan memandu model BYD dan DENZA yang dilengkapi dengan platform terkini e-Platform 3.0. Antara tarikan utama termasuk:
Ujian Pecutan & Bonggol untuk menunjukkan prestasi sebenar di jalan raya (Pandu Uji)
Aksi Pusingan 360° & Crabwalk bersama DENZA Z9GT (Pandu Percubaan Sahaja)
Cabaran Camel Bridge & Cross-Axle yang digerakkan oleh teknologi DMO (Pandu Percubaan Sahaja)

Sudut Dialog EV
Dalami teknologi teras Blade Battery, sistem pengecasan pintar dan ciri keselamatan canggih BYD bersama pakar teknikal yang akan memberi penerangan mendalam.

Promosi & Tawaran Istimewa
Tempah BYD M6, BYD ATTO 3 ULTRA, atau BYD SEALION 7 dan nikmati penjimatan antara RM8,000 hingga RM20,000 serta peluang memenangi cabutan bertuah bernilai sehingga RM38,888 (Tertakluk pada terma dan syarat).
Tawaran trade-in termasuk rebat sehingga RM11,000 bagi BYD ATTO 2 dan BYD SEAL baharu, atau rebat RM15,000 / pembiayaan tanpa faedah (0%) untuk DENZA D9 (Tertakluk pada terma dan syarat).

Zon Gaya Hidup
Nikmati kopi percuma, ruang permainan kanak-kanak, serta penebusan barangan eksklusif BYD.
Acara selama tiga hari ini meraikan inovasi, prestasi dan rekaan pintar, memberikan rakyat Malaysia peluang untuk melihat, merasai dan mengalami sendiri masa depan mobiliti bersama BYD.
Kunjungi BYD Tech Discovery dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam, pada 14 hingga 16 November di Car Park 3, Plaza Arkadia, Desa ParkCity, Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, layari https://byd.simemotors.my/ atau ikuti BYD Sime Motors di https://www.facebook.com/BYDCarsMalaysia dan https://www.instagram.com/bydcarsmalaysia/. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada BYD Sime Motors di talian 1300-38-1888.