kerak cawan hilang
Kredit: Amanda Shiloh Emerson/Youtube

Berkilat Seperti Baharu, Guna Satu Bahan Je Kerak Di Cawan Dah Hilang

Nurhanis

Berkilat Seperti Baharu, Guna Satu Bahan Je Kerak Di Cawan Dah Hilang

Apabila menggunakan sesuatu barang selama bertahun-tahun secara konsisten, kita boleh perasan keadaannya daripada baru bertukar menjadi lama.

Hal ini terjadi kerana ia telah digunakan pada setiap hari dan seperti manusia juga, sekiranya terlalu bekerja keras badan juga akan mula menunjukkan tanda-tanda sakit.

Disebabkan itu, kita akan mula untuk mencari yang baru untuk menggantikan barangan yang telah rosak itu.

Tetapi tidak semua barang perlu diganti seperti cawan yang mempunyai kerak akibat daripada penggunaan yang terlampau kerap.

Kerak itu terjadi susulan pengguna sering membuat air menggunakan cawan yang sama dan bancuhan atau cecair tersebut lekat pada permukaannya.

Kebiasaannya, kerak itu tidak akan hilang walaupun telah dibasuh berkali-kali menggunakan sabun dan juga air.

Ia memerlukan bahan yang istimewa untuk menghilangkan tetapi yang selalunya orang ramai buat adalah membuang cawan tersebut.

Namun pada kali ini, mungkin boleh letak tepi dahulu pilihan untuk membuang cawan dan gunakan tip yang dikongsi oleh Amanda Shiloh Emerson di Youtube ini.

Dia menunjukkan cara bagaimana untuk menghilangkan kesan kerak di cawan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.

Caranya senang sahaja dan bahan utama juga hanyalah satu, iaitu menggunakan garam laut.

Yang paling seronok, kerak tersebut boleh hilang dalam masa tidak melebihi lima minit!

Mari ikuti tip yang disediakan di bawah ini.

BACA: Lelaki Kongsi Tip Buat Air Baja Tembikai, “Confirm” Tanaman Subur & Berbuah!

Tip hilangkan kerak cawan

Kredit: Amanda Shiloh Emerson/Youtube

Bahan:

Garam laut

Cara-caranya:

1. Ambil cawan yang mempunyai kesan kerak yang agak teruk dan kemudian basahkan sedikit permukaan cawan tersebut.

2. Kemudian, letakkan garam laut itu ke dalam cawan mengikut kuantiti yang anda mahu.

3. Selepas itu, dengan menggunakan jari gosok cawan berkerak itu bersama-sama garam yang diletakkan sehingga kerak itu hilang.

4. Seterusnya, bilas cawan tersebut menggunakan air.

5. Jika masih terdapat kesan kerak itu lagi, anda boleh mengulangi langkah di atas.

Selamat mencuba!

Sumber: Amanda Shiloh Emerson/Youtube