Kredit: Google

Berita Palsu Tular 28 Jun – KKMM

Amira

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab, melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) setakat 10.30 malam ini.

1. Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kesahihan mesej pada aplikasi WhatsApp yang mendakwa terdapat 94 kes positif COVID-19 berpunca daripada gerai jualan durian di Ulu Yam, Batang Kali, Selangor menghala utara dan Genting Highlands semasa pembeli memilih durian, di samping jangkitan Varian Delta COVID-19 sepantas 14 saat seperti yang tular di media sosial.

KKM menasihati orang ramai agar menghentikan penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Sumber: BERNAMA