Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman Facebook rasmi menyeru orang awam berhenti menyebar berita palsu berkait pandemik COVID-19 yang beredar.
Berita palsu bertajuk “Peringatan Kod Merah Kepada Seluruh Malaysia” ini pernah tular di pelbagai platform media sosial tahun lalu.
Berita tidak sahih itu mengarahkan orang awam untuk menjauhkan diri dari restoran yang mengambil pekerja dari negara India.
Konon katanya genom G64 virus COVID-19 dari India dan Mesir sangat senang tersebar dan tiada rawatan atau vaksin yang mampu mengawalnya sehingga tahun 2023.
Berita ini kembali disebarkan semula oleh pihak tak bertanggungjawab sejak akhir-akhir ini. Oleh itu, KKM menyeru agar orang awam tidak berkongsi berita palsu tersebut.
Gambar: KKMSumber: KKM