Kesihatan adalah aspek penting dalam kehidupan, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan bahagian sulit, pastinya ia membimbangkan kaum wanita susulan berkait rapat dengan keputihan dan kegatalan pada bahagian intim.
Masalah keputihan sering dihadapi oleh wanita di seluruh dunia dan kalau nak tahu hampir 75 peratus wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah tersebut berikutan oleh aktiviti seksual, menurut statistik yang dinyatakan portal MyHealth.
Dua jenis keputihan
Untuk pengetahuan, keputihan mempunyai dua jenis iaitu keputihan fisiologis dan patologik. Bagi keputihan fisiologis, wanita akan mengalami lelehan lendir yang selalunya berwarna putih atau krim dan tidak memiliki bau. Walau bagaimanapun, ia tidak memberi petunjuk berkaitan penyakit dan adalah cecair normal yang keluar dari faraj.
Manakala, keputihan patologik pula adalah lendir yang berwarna kuning, kelabu atau hijau yang lebih bersifat kronik kerana berlaku disebabkan jangkitan kuman dan perlu dirawati segera. Berbanding dengan fisiologis, keputihan normal yang sering dilalui oleh setiap wanita.
Sekiranya tidak dirawat, keputihan berisiko mendatangkan pelbagai kompilasi penyakit bahaya dan masalah yang berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan hamil di luar rahim. Namun ia menjadi lebih teruk kerana boleh terjadinya kanser rahim yang membawa kematian.
Disebabkan itu, wanita yang menghadapi masalah itu perlu mendapatkan rawatan pakar segera untuk mencegahnya dengan rapi. Tetapi tidak perlu risau di sini, min akan kongsikan 12 cara mencegah keputihan yang disarankan kepada kaum wanita.
1. Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
2. Elakkan penggunaan pembersih faraj yang mengganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
3. Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
4. Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
5. Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
6. Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
7. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
8. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
9. Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
10. Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
11. Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
12. Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
Secara ringkasnya, kebersihan faraj atau bahagian sulit wanita perlu dititik beratkan dengan melakukan pelbagai cara bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk. Pun begitu, kalau korang nak mudah, boleh rujuk link ini di SINI.
Nak solusi lagi mudah? korang boleh dapatkan ‘Smelly No More’ dengan harga promosi (diskaun 15 peratus) dan dapatkan SAMPEL PERCUMA tanpa perlu berbelanja! Wow! Produk ni juga boleh didapati di Guardian, Watsons, dan farmasi yang berdekatan dengan anda!
Produk 1
Produk 2
Produk 3
Sumber: MyHealth