
Jenama CASIO sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Ia adalah antara jam tangan yang paling sinonim dengan ketahanan dan kelasakan dalam kalangan para pemakai jam tangan. Tak kisahlah anda nak gaya korporat, fesyen comel ala Korea ataupun sporty, CASIO ada semuanya.
Paling penting, ia adalah jam tangan mampu milik yang ‘gagah’. Setakat jatuh terhentak itu biasa, berbeza dengan sesetengah jam yang ‘manja’. Range harga yang pelbagai membuatkan CASIO menjadi salah satu jenama jam tangan kegemaran rakyat Malaysia.
Kegemilangan G-SHOCK kini diteruskan lagi dengan enam model terbaru jam tangan mereka iaitu G-SHOCK AW-500E, AW-500BB-1E, AW500BB-4E, AWM-500D-1A, AWM-500D-1A8 dan AWM-500GD yang dilancarkan hujung tahun lalu.
Sejak dikeluarkan pertama kali pada 1983 sebagai jam digital yang mempunyai reka bentuk segi empat sama, G-SHOCK AW-500 merupakan model pertama yang mempunyai kombinasi analog dan digital, dikeluarkan pada 1989.
Biarpun jam analog sering dianggap mudah rosak kerana gear, jarum dan komponen kecilnya lebih senang terjejas, AW-500 membuktikan sebaliknya.
Bagai ‘dilahirkan semula’ dengan ciri yang ditambah baik, enam model terbaru berilhamkan AW-500 kini telahpun berada di pasaran.

Dengan reka bentuk seakan-akan AW-500, jam tangan G-SHOCK terbaru diperbuat daripada resin ini tampil lebih moden dan kemas. Ia didatangkan dengan bateri yang tahan sehingga tujuh tahun serta cahaya electro-luminescent (EL) yang membolehkan anda melihat paparan di dalam gelap.
Jam berformat 12/24 jam ini didatangkan dengan fungsi kalendar dan paparan dua masa (dual time), membolehkan anda memprogramkannya mengikut dua zon masa yang berbeza.
Antara ciri lain ialah ketahanan kalis air sehingga kedalaman 200 meter, tahan kejutan, jam penggera serta jam randik. Paling penting, dengan berat hanya 58g, siri AW-500 edisi baru ini amat ringan dan sesuai dipakai ketika melakukan aktiviti seharian mahupun kerja berat.
Anda boleh mendapatkan jam ini dalam tiga warna iaitu original, AW-500E; hitam, AW-500BB-1E; dan merah, AW500BB-4E.

Jika anda pekerja profesional atau usahawan, mungkin anda lebih sukakan gaya yang tampak kemas dan elegan.
Bagi memenuhi citarasa anda, CASIO menawarkan G-SHOCK AWM-500D dan AWM-500GD yang diperbuat daripada besi penuh tahan karat. Berbeza dengan jam tangan fesyen yang lain yang diperbuat daripada besi, model-model ini dilengkapi resin antara bekas logam dan bezel untuk menyerap hentakan sekaligus menjadikannya tahan kejutan.
Bukan itu saja, ia juga didatangkan dengan sistem kawalan radio berkuasa solar yang mampu menentukan lokasi semasa anda serta membetulkan masa mengikut waktu tempatan secara automatik. Ia boleh mengkoordinasikan masa tertera mengikut 31 zon masa serta 48 bandar di seluruh dunia. Ciri yang agak penting jika anda perlu travel ke luar negara atas urusan kerja.

Tak cukup dengan itu, model-model ini juga mempunyai sistem pengecasan tenaga solar. Ia boleh menukar bukan sahaja cahaya matahari, tetapi juga sumber cahaya yang lemah seperti lampu kalimantang menjadi tenaga. Jadi, bila nampak sahaja indikator bateri pada tahap rendah, letak sahaja jam anda berdekatan sumber cahaya.
Kedua-dua model ini juga mempunyai fungsi jimat tenaga. Ia mampu bertahan selama 28 bulan jika terus diaktifkan dalam mod jimat tenaga selepas pengecasan penuh.
Selain itu, seperti model G-SHOCK yang lain, model-model ini juga mempunyai ketahanan kalis air pada kedalaman 200 meter selain fungsi jam randik, jam penggera, kalendar, timer dan lampu LED.
Dengan lebar 44.5 mm, ia kelihatan kemas dan ‘terletak’ biarpun pada tangan yang agak kecil berukur lilit 6.75 inci (17.15cm).

Model ini didatangkan dalam tiga warna, iaitu perak-hitam (AWM-500D-1A), perak (AWM-500D-1A8) dan emas (AWM-500GD).
Anda boleh mendapatkan keenam-enam model G-SHOCK ini secara atas talian pada harga RM499 bagi model AW-500E, AW-500BB-1E, AW-500BB-4E manakala RM2,399-RM2,599 bagi model stainless steel, AWM-500D dan AWM-500GD.
Bila beli secara atas talian, salah satu kerisauan kita ialah adakah sesuatu produk itu asli atau tiruan. Ada sebahagian peniaga cuba mengambil kesempatan dengan menjual produk tiruan atau copy ori, tapi menggunakan gambar asli sebagai iklan mereka. Semakin terkenal produk, semakin banyaklah barangan tiruannya.
Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, kami nasihatkan anda untuk mendapatkan jam tangan G-Shock daripada satu-satunya pengedar rasmi CASIO di Malaysia, Marco Corporation. Produk boleh dibeli dari penjual semula yang sah seperti G-Factory, kedai G-Shock atau dari peruncit Marco yang sah di seluruh negara.
Untuk pembelian secara atas talian, anda boleh memastikan keaslian jam tangan anda dengan membeli di kedai rasmi CASIO di Lazada, Shopee ataupun satu-satunya pengedar rasmi CASIO di Malaysia, Marco eStore.
Melalui pembelian di sini, anda akan mendapat jam tangan yang terjamin asli dengan kad waranti khas di dalam kotak jam. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapat tempoh jaminan tambahan selama enam (6) bulan jika membeli di sini.
Caranya, rujuk kad waranti Marco yang disertakan di dalam kotak, daftarkan secara atas talian di eWaranti Marco dan dapatkan keseluruhan waranti berjumlah 18 bulan termasuk jaminan tambahan.

Pernah tak, anda beli sesuatu gajet atau peralatan elektrik, bila tamat je tempoh waranti, barangnya pun sudah mula bermasalah.
Walaupun jam tangan keluaran CASIO, khususnya G-Shock ini terkenal dengan kelasakannya, adalah lebih baik jika kita dapatkan waranti tambahan. Duit tak rugi, malah lebih jimat jika berlaku sesuatu pada jam kesayangan anda di masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut mengenai jam tangan ini, layari laman web rasmi CASIO di sini.