Siapa sahaja yang tak kenal pemain badminton legenda negara iaitu Dato’ Lee Chong Wei.
Sebagai seorang rakyat Malaysia, namanya pasti tidak asing lagi kerana telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan negara.
Sebagai seorang ahli sukan yang berpengalaman dan pernah menyertai temasya sukan terbesar itu, beliau telah berkongsikan perjalanan kariernya dalam memburu pingat olimpik pertama untuk negara menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya.
Menurutnya, setiap hari beliau berlatih secara mati-matian, tidak pernah sentuh arak dan merokok hanya semata-mata mahu memastikan lagu ‘Negaraku’ berkumandang pada temasya Olimpik setiap kali dia turun bertanding.
Namun kerana tuah tidak menyebelahinya, dia terpaksa akur dan bersedih kerana tidak dapat menunaikan hasrat seluruh rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian, beliau mengingatkan kepada seluruh atlit negara yang bertanding pada temasya Olimpik kali ini agar buat yang terbaik untuk meneruskan perjuangan dan impian seluruh rakyat Malaysia demi mendapatkan kilauan emas demi negara.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Sumber: leechongweiofficial