Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Demikian nasib kanak-kanak lapan tahun dikenali sebagai Aiman yang kini sangat memerlukan bantuan.
Muhammad Aiman Mohamed yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan mengalami sawan yang agak teruk pada awal Januari lalu menyebabkan kanak-kanak berkenaan kini terlantar.
Aiman bergantung sepenuhnya pada susu khas yang disalurkan melalui mesin. Tiub susu berkenaan kemudiannya dimasukkan pada bahagian hidung hinggalah ke perut kanak-kanak tersebut.
Gambar: KELSSPun begitu, kos keperluan termasuk susu khas Aiman ini tidaklah murah, ditambah pula Aiman terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bekalan susu tersebut.
Oleh itu, badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) melancarkan tabung khas untuk adik Aiman dengan sasaran kutipan sebanyak RM8,858 bagi meringankan beban kanak-kanak itu.
Dana akan disalurkan untuk kos keperluan khas Aiman termasuk bekalan susu khas dan beg susu selama enam bulan serta bantuan kewangan untuk ulang-alik ke hospital.
Sumbangan kepada adik Aiman boleh disalurkan kepada akaun rasmi KELSS seperti yang dipersetujui ibu bapa kanak-kanak berkenaan:
8602 4983 68 (CIMB)
Kelab Kebajikan Dan Sukarelawan Sosial
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak KELSS melalui aplikasi WhatsApp di pautan ini.
Sumber: Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial