abang grab malaysia
Gambar: TikTok @timinottimid
Tiada Kategori

Berdekah Dengar Lelaki Ni Bebel Pasal “Abang” e-Hailing Malaysia

Hannah

Berdekah Dengar Lelaki Ni Bebel Pasal “Abang” e-Hailing Malaysia

Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan ramai pelancong dari seluruh dunia.

Bumi bertuah ini bukan saja dipenuhi lokasi menarik dan makanan yang menggoda, tapi juga rakyatnya yang mesra dan penuh ragam mencuit hati.

Jadi, tak hairanlah ramai warga asing yang jatuh cinta dengan Malaysia. Ada yang datang untuk bercuti, ada juga yang akhirnya menetap di sini untuk belajar, bekerja dan malah bersara.

“Cuma di Malaysia…”

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang lelaki berasal dari Nigeria yang kini dipercayai menetap di Malaysia.

Dalam videonya, dia berkongsi pengalaman menaiki perkhidmatan e-hailing. Menurutnya, pemandu e-hailing di Malaysia ni memang ‘unik’.

Apa yang mencuit hati, kelihatan lelaki itu sudah terbiasa bertemu dengan pemandu e-hailing tempatan yang boleh jadi macam-macam dalam satu masa.

“Cuma di Malaysia. Bila naik Grab, abang pemandu boleh jadi pak cik, pensyarah dan juga ‘therapist’, semuanya sekali gus,” katanya.

Tidak berhenti di situ, lelaki itu turut berkongsi pengalamannya pada satu malam ketika menaiki Grab pulang ke rumah.

“Malam ni sahaja, abang tu tanya saya, ‘Dik, awak orang Nigeria ke?’. Lepas tu terus dia bercerita panjang tentang sejarah EPL dari tahun 1990.

“Saya cuma sempat cakap satu ayat, ‘Yalah, bos’. Bila sampai rumah, rasa macam baru dapat PhD dalam sejarah bola sepak,” katanya berseloroh.

Netizen pun ramai yang setuju

Kisah lucu itu membuatkan ramai warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing dengan pemandu e-hailing di Malaysia.

Rata-rata bersetuju bahawa pemandu e-hailing tempatan memang penuh cerita dan sangat mesra.

Obviously he was bored and needed someone to talk to… layan je lah.”

“Ya, betul. I kena lecture pasal top 10 nasi beriani terbaik di Malaysia.”

“Hanya di Malaysia. Kebanyakan pemandu Grab ada ijazah atau lebih tinggi…”

“Saya pernah naik Grab dengan doktor pakar jantung yang dah bersara. Terus rasa macam masuk kelas biologi.”

“Saya pernah dapat pemandu Grab yang dulu bekas Pengurus Besar syarikat bahan binaan. Terus belajar pasal cara bina bangunan.”

Lucunya, ramai yang bersetuju pengalaman menaiki e-hailing di Malaysia memang tak sama macam di negara lain.

Kadang-kadang, perjalanan singkat pun boleh jadi sesi ‘kuliah mini’, lengkap dengan motivasi, sejarah dan nasihat kehidupan.

BACA: Ajar Anak Drive, Gelagat Si Ayah Cakap Bab Signal Buat Netizen Berdekah

BACA: Siap Sound Effect, Ramai Enjoy Lihat Gelagat Suami Kira Bajet Bulanan

BACA: Banyak Akal Budak Sekarang, Terus WS “Waibee” Nak Minta Tiang Gol

Sumber: TikTok @timinottimid