
Desas-desus mengenai pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya terjawab apabila beliau sahkan akan bersiaran secara langsung pada pukul enam petang ini.
Pengumuman yang bakal dibuat adalah menyentuh berkenaan keadaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berjalan kini.
Dalam masa sama, pengumuman tersebut dipercayai mungkin juga berkenaan kes-kes harian jangkitan COVID-19 yang dilihat semakin hari semakin bertambah sehingga hari ini.
Jangan ke mana-mana pada pukul enam petang nanti. Pastikan anda bersedia di hadapan skrin untuk mendengar sendiri apa yang bakal diumumkan dalam perutusan khas tersebut.
Semoga baik-baik sahaja semuanya ya.
Sumber: Facebook Muhyiddin Yassin