Kemurahan hati dan kebaikan Ustaz Ebit Lew membantu insan yang memerlukan bukanlah tertumpu kepada satu golongan sahaja, namun turut meliputi golongan lain sama ada dari segi bangsa atau agama.
Terbaru melalui perkongsian di laman Facebook, Ebit Lew dan pasukannya telah membeli dua buah kontena sejuk beku simpanan mayat. Kedua-dua kontena itu terus diserahkan kepada Hospital Kepala Batas dan Hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani.
Kontena itu juga telahpun dilengkapi dengan rak simpanan jenazah dan terus digunakan. Dalam pada itu, Ebit Lew juga menzahirkan rasa sebaknya apa mendengar cerita dari petugas barisan hadapan dan cara mereka berterima kasih.


Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti di bawah:
Sumber: