Demi mempertahankan keselamatan ibunya, seorang remaja lelaki sanggup memukul abang kandungnya menggunakan kayu sehingga maut di Desa Peniaran,Tapanuli Utara, Sumatera.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 34 tahun datang ke rumah ibunya dalam keadaan marah tanpa sebab terus mencekik leher ibunya.
Kebetulan itu, suspek yang berada di rumah cuba meleraikan ketegangan dengan dibantu oleh seorang abangnya yang lain. Namun keadaan lebih tegang apabila mangsa mengeluarkan gunting dengan niat menikam ibunya.
Bagaimanapun, ibunya sempat dibawa lari oleh ahli keluarganya yang lain dan mangsa cuba mengejar. Berang dengan itu, suspek menyerang mangsa dan memukul menggunakan kayu sehingga maut.
Selepas kejadian, suspek menyerah diri ke balai polis yang berhampiran. Dia pasrah dan bersyukur ibunya selamat.
Sumber: Tribunews