Sakit hati suami kahwin lain, seorang wanita dilaporkan telah ditahan setelah dia didapati menjadi dalang utama yang merancang menyimbah asid ke atas suaminya.
Memetik laporan CNN Indonesia, kejadian itu telah berlaku di Dusun Punggulan, Kecamatan Air Joman, Kabupaten Asahan, Sumatera Utara.
Difahamkan, wanita itu telah mengupah dua individu untuk melakukan jenayah tersebut.
“Barang bukti yang telah dirampas adalah sebuah motosikal Honda Scoopy, kad bank, botol minuman bir, jaket berwarna oren, baju berwarna merah dan 4 telefon bimbit.
“Kejadian berlaku pada 29 Disember 2021, anak mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis,” kata Ketua Polis Daerah Asahan, AKBP Putu Yudha Prawira pada Selasa.
Tambahnya, mangsa mengalami kecederaan yang parah atau melecur.
Susulan itu, anggota Unit Jatanras Polis Asahan bersama anggota polis Air J0man memeriksa tempat kejadian dan menyoal siasat beberapa saksi yang melihat kejadian itu.
Ketika di soal siasat, suspek mengaku telah melakukan perbuatan tersebut kerana berang suaminya berkahwin lain.
“Dia mengaku terlibat mencurah asid ke atas suaminya dan merancang jenyayah itu dengan rakannya dan seorang lelaki yang tidak dikenali,” kata pihak polis.
Gambar: CNN Indonesia