Bapa Nekad Bakar Rumah
Gambar via Mirror

Berang Rumah Bersepah & Anak Duduk Saja, Bapa Nekad Bakar Rumah Sendiri

Faiz Mustafa

Berang Rumah Bersepah & Anak Duduk Saja, Bapa Nekad Bakar Rumah Sendiri

Seorang lelaki dilapor nekad membakar kediamannya sendiri ketika anak dan anak saudaranya masih berada di dalam rumah tersebut di tingkat atas.

Memetik akhbar berita Mirror.uk, lelaki tersebut bertindak sedemikian selapas berasa geram melihat keadaan dalam rumah yang bersepah.

Difahamkan, lelaki tersebut yang berasal dari bandar Leeds tinggal di sebuah rumah berkembar bersama anak lelakinya dan anak saudara yang sudah dewasa.

Dia mengadu tentang keadaan rumahnya yang bersepah kepada isterinya yang berada di Filipina pada Julai tahun lalu. Dia yang mengalami osteoporosis (penyakit tulang rapuh) meneguk hampir sebotol wain ketika kejadian itu berlaku.

“Kamu tidak mengambil berat tentang saya dan apa yang kamu lakukan hanyalah duduk di dalam bilik,” katanya, menurut anak saudara lelaki tersebut.

Pada waktu petang di hari yang sama, lelaki tersebut menghantar mesej kepada anak perempuannya dengan memberikan kata laluan bank bersama-sama ucapan ‘saya akan tamatkan semuanya’. Lalu lelaki tersebut membakar rumah itu.

Dalam pada itu, anak lelakinya cuba untuk memadamkan api yang sedang merebak dan dalam masa yang sama asap memenuhi setiap ruang di dalam rumah.

Semasa pihak Polis West Yorkshire tiba, mereka melihat kebakaran di ruang tamu dan lelaki tersebut sedang cuba mencetuskan kebakaran di kawasan lain dengan menggunakan kotak.

Walau bagaimanapun, api berjaya dipadamkan dan lelaki tersebut dibawa ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan akibat terlalu banyak menghidu asap kebakaran.

Dia kemudiannya ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Leeds Crown dan dijatahi hukuman penjara selama tiga tahun dan perlu membayar denda sebanyak RM1,022.

BACA: Genap Setahun Pemergian Siti Sarah, Shuib Kongsi Video Arwah Yang Sering Buat Dirinya Sedih

BACA JUGA: Bimbang Bekalan Air Terganggu, Warga Britain Disaran Amalkan Sikap ‘Mandi Kerbau’

Sumber: Mirror