tikam isteri guna gunting
Kredit Merdeka.com

Berang Kena Maki, Lelaki Tergamak Tikam Isteri Sendiri Hingga Mati Guna Gunting

Syed Faisal Sayed Muhammad

Berang Kena Maki, Lelaki Tergamak Tikam Isteri Sendiri Hingga Mati Guna Gunting

Seorang lelaki berusia 42 tahun di Aceh Selatan, tergamak menikam isteri dan tiga orang iparnya selepas diprovokasi dengan kata-kata dari isternya itu, lapor Merdeka.com.

Seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia, manakala dua lagi terpaksa dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan.

Ketua Balai Polis Aceh Selatan, Deno Wahyudi berkata, kejadian itu terjadi pada Isnin lalu bertempat di rumah keluarga mangsa di Gampong Ujong Pulo Rayeuk.

“Awalnya, pelaku bertengkar dengan isterinya. Pelaku marah selepas isterinya mengatakan dia berketurunan jahat. Pelaku merasa dirinya telah dihina,” kata Deno Wahyudi kepada wartawan pada Selasa.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Selepas mendengar kata-kata itu, pelaku mengambil sebilah gunting dan kemudian menikam kepala isterinya yang berusia 41 tahun. Abang ipar pelaku yang mendengar kekecohan itu cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Namun pelaku juga seterusnya bertindak menikamnya.

Abang ipar mangsa terjatuh dan berlumuran darah akibat ditikam di bahagian dadanya. Nyawanya tidak dapat diselamatkan walaupun berjaya dihantar ke hospital.

Sementara itu, dua lagi kakak ipar pelaku yang mendengar kekecohan itu turut mahu membantu mangsa dan akhirnya mereka juga diserang dan ditikam oleh pelaku.

Mangsa sempat menjerit untuk meminta pertolongan kepada penduduk kampung di sekitar rumah keluarga mangsa. Pelaku kemudian berjaya melarikan diri dengan bersembunyi di tingkat dua rumah keluarga berkenaan.

Polis yang tiba beberapa minit kemudian berjaya menahan pelaku yang sedang menyorok. Ketika ditahan, seorang anggota polis, Aipda Rudiansyah turut diserang oleh pelaku menggunakan parang sehingga menyebabkan kecederaan.

“Pegawai itu kemudian melakukan tindakan tegas dengan cara menembak di bahagian kaki kanan dan paha kanan pelaku,” kata Deno Wahyudi lagi.

Sumber: Merdeka.com