Seorang wanita ditahan atas jenayah pembunuhan selepas didakwa menuang petrol dalam mulut anaknya yang berusia 8 tahun sebelum membakar mangsa hingga mati, dalam kejadian yang berlaku di Rusia.
Kanak-kanak malang tersebut menderita dengan kesan lecur 48 peratus sebelum dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Suspek, 31, yang bekerja sebagai juruwang dilapor berang dengan tindakan mangsa membocorkan rahsianya yang bertemu dengan skandal kepada suaminya yang juga ayah tiri mangsa.
Kerana tidak berpuas hati, suspek dikatakan bertengkar dengan mangsa sebelum mengheret mangsa ke kawasan halaman rumah dan menuang gasolin dalam mulut mangsa.
Suspek dikatakan sempat berteriak ‘Lihat macam mana kamu terbakar’.
Menurut saksi yang juga kakak mangsa, dia melihat adiknya meraung ketika petrol dituang masuk ke dalam mulutnya.
Kejadian berkenaan disedari oleh ayah tiri mangsa yang segera memadam api berkenaan dan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat melecur teruk.
Mangsa dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia dua hari kemudian.
Suspek kemudian ditahan dan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan. Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara 20 tahun.
Sumber: Daily Star