
Benua Antartika adalah tempat yang paling sejuk di dunia dengan suhu terendah yang dipercayai mampu mencapai sehingga kira-kira -73 darjah celcius.
Malah Stesen Vostok pernah merekodkan suhu di kawasan tersebut mencecah -89.2 darjah celcius, dalam erti kata lain manusia tidak akan mampu bertahan lama di kawasan ini.
Menurut Indo Zone, mereka yang berkunjung ke Antartika kebanyakannya adalah untuk melancong dan bukan sebagai destinasi tempat tinggal disebabkan keadaan suhu tersebut.
Oleh itu, menurut Perjanjian Antartika, akan berlakunya akibat buruk bagi benua tersebut jika terlalu ramai manusia menjejakkan kaki ke benua tersebut.
Memetik Indo Zone, data 2019-2020 menunjukkan jumlah yang melawat benua tersebut telah mencecah kira-kira 74,000 orang menyebabkan munculnya beberapa kesan buruk.
Antara kesan buruk yang berlaku adalah penghasilan karbon dioksida. Disebabkan ramai pengunjung yang datang, pasti ia akan meningkatkan pencemaran dan sisa kotoran hasil dari kegiatan manusia.
Hal ini menyebabkan daratan Antartika yang dipenuhi dengan ais tidak mampu untuk memproses dan menyerap semua kotoran tersebut hingga mencetuskan gas karbon dioksida.
Kesan buruk yang lain adalah salji mencair. Disebabkan wujudnya gas karbon dioksida, ia juga akan mencetuskan masalah lain seperti ais mula mencair.
Pencairan salji juga berlaku di stesen penyelidikan saintifik di sana, disebabkan oleh operasi alat dan kenderaan intensif bahan api yang digunakan sepanjang tahun.
Disebabkan itu, ia akan memberi kesan kepada sifat semulajadi alam yang akan meningkatkan isipadu air laut di lautan dunia. Akibatnya, dataran di benua lain akan terjejas kerana pencairan salji tersebut.
Terdahulu, satu lapisan ais di Antartika Timur yang dianggarkan hampir sebesar Los Angeles dan New York dilaporkan telah runtuh pada pertengahan Mac, beberapa hari selepas cuaca panas luar biasa melanda.
Lapisan ais tersebut dikatakan berukuran kira-kira 460 batu persegi, yang juga dikenali sebagai Conger itu telah runtuh pada 15 Mac lalu.
Suhu juga dikatakan meningkat kepada -12 darjah celcius ketika lapisan ais tersebut runtuh, iaitu 40 darjah lebih panas daripada suhu ‘normal’ di benua itu.
BACA JUGA: Lapisan Ais Di Antartika Timur Sebesar Bandar New York & Los Angeles Dilapor Runtuh
Sumber: Indo Zone