Banyak kisah mistik sering kali terjadi di sekeliling kita. Pelbagai kejadian aneh yang berlaku boleh membuatkan bulu roma meremang dan kehidupan seharian diselubungi misteri.
Ada yang diganggu dengan bunyi-bunyian aneh, apatah lagi jika entiti berkenaan muncul secara tiba-tiba di depan mata. Apakah agaknya perasaan kita ketika itu?
Begitulah dengan sebuah kisah yang melibatkan seorang wanita ayu berpenampilan misteri dengan kebaya lama yang di sarungnya.
Banyak kisah mistik sering kali terjadi di sekeliling kita. Pelbagai kejadian aneh yang berlaku boleh membuatkan bulu roma meremang dan kehidupan seharian diselubungi seram.
Ada yang diganggu dengan bunyi-bunyian aneh, apatah lagi jika entiti berkenaan secara misteri timbul di depan mata. Apakah agaknya perasaan ketika itu?
Begitulah dengan sebuah kisah yang melibatkan seorang wanita ayu berpenampilan misteri dengan kebaya lama yang di sarungnya.
Siapakah dia, penunggu air?
Pada awalnya, wanita aneh berkenaan dilihat berjalan di tepian sungai yang sangat bersih dan airnya jernih. Turut dibawa bersama adalah satu bekas tembaga yang berisi dengan air. Dia dilihat secara bersahaja berjalan dengan berkaki ayam, tetapi melihat raut di wajahnya, pasti ada sesuatu yang tidak kena.
Lebih misteri, wanita berkenaan secara tiba-tiba muncul di beberapa lokasi berbeza. Kedai milik seorang makcik, kumpulan lelaki dengan sebuah lori dan seorang abang yang sedang menebang pokok.
Sekadar membisu, kehadiran wanita berkenaan di ketiga-tiga lokasi itu mengundang seribu satu pertanyaan. Namun yang peliknya, terjadi suatu situasi yang aneh di mana orang-orang yang ditemuinya semua berdepan masalah yang sama, iaitu tiada bekalan air bersih.
Tanpa dipinta, dia kemudian menghulurkan bekas air dibawanya untuk membantu orang-orang yang ditemuinya itu. Suasana terus sunyi seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena apatah lagi, senyuman wajah manis wanita berkenaan tiba-tiba bertukar seram dan renungan tajam matanya seolah-olah menyimpan dendam.
Tiba-tiba, air yang dibawanya bertukar menjadi hitam dan memeranjatkan semua orang yang dibantunya. Ketika itulah, timbul penyesalan dalam diri orang-orang yang dibantunya apabila menyedari air hitam itu adalah dosa-dosa yang dilakukan mereka sebelum ini.
Dendam si penunggu, dosa lama terbalas akhirnya
Apakah dosa-dosa lama kesemua individu-individu yang ditemui oleh wanita misteri itu? Rupa-rupanya, mereka semua pernah menjadi punca kepada pencemaran alam.
Dari tangan mereka, terbit kebinasaan yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Anda boleh menonton kisah penuh di bawah.
Rupa-rupanya, video berkenaan merupakan satu idea daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk tatapan kita semua betapa pentingnya sumber air bersih dipelihara. Sikap tidak bertanggungjawab dengan mengalirkan semua sisa-sisa kotor yang mencemarkan alam seperti sisa toksik ke dalam sungai hanya mengundang malapetaka ke atas manusia.
Wanita misteri dalam video berkenaan menjadi lambang cara alam ini bertindak balas. Alam langsung tidak berkompromi, kerosakan akan dibalas dengan kerosakan. Setimpal? Tidak, tentu saja lebih dahsyat.
Tanpa air, manusia pasti merana
Bagi manusia dan juga hidupan lain di atas muka Bumi, air adalah satu anugerah dan rahmat kurniaan Tuhan. Kebergantungan kita kepada air tidak perlu diperbatkan lagi. Tanpa air, manusia boleh mati. Air begitu penting untuk memastikan tubuh badan kekal sihat dan dapat berfungsi dengan baik.
Jadi, jika air begitu penting kepada kehidupan, khususnya manusia, apa akan jadi kepada kita semua sekiranya kita kehabisan bekalan air bersih atas muka Bumi ini?
Pertama, kita mungkin tidak mempunyai masa yang panjang untuk melihat kesan kemusnahan seterusnya kerana menurut kajian, manusia secara umumnya tidak dapat hidup lebih lama daripada seminggu tanpa air.
Seterusnya, jika manusia ditakdirkan dapat bertahan lebih lama daripada itu, kita bakal berdepan masalah lain iaitu untuk menghasilkan sumber makanan. Haiwan ternakan memerlukan air bersih untuk hidup, sama seperti manusia, begitu juga dengan tanam-tanaman.
Jika kehilangan air di atas muka Bumi berpunca daripada kemarau yang dahsyat, manusia perlu bersedia dengan fenomena kebakaran hutan yang boleh terjadi pada bila-bila masa, tetapi bagaimana mahu memadam api jika tiada air? Sekali lagi, manusia pasti merana.
Melestari air, tanggungjawab bersama
Tabiat penggunaan air setiap orang adalah berbeza-beza. Sebahagian daripada kita, cukup berjaga-jaga ketika menggunakan air bersih, setiap titik air yang keluar daripada kepala pili adalah sangat berharga. Namun ada juga yang ambil mudah, mungkin menyangka air bersih takkan pernah habis, jadi tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
Sebenarnya, ada banyak cara untuk kita menggunakan air bersih secara berhemat. Bayangkan, kita menutup sebentar kepala pili ketika menyabun badan tengah mandi, ataupun ketika membersihkan tangan dengan sabun di singki, berapa banyak air yang dapat kita jimat, didarabkan pula dengan jumlah jutaan pengguna air yang ada.
Sempena kempen “Melestari Air, Tanggungjawab Bersama” oleh SPAN, kami kongsikan beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk memastikan bekalan air bersih dalam negara terus pelihara.
Tutup air ketika menggosok gigi, menyabun badan atau mencuci tangan.
Ketika membasuh pinggan, jangan biarkan paip terbuka dan air mengalir tanpa digunakan.
Pastikan semua kepala paip ditutup dengan ketat ketika selesai digunakan supaya tiada pembaziran air yang berlaku.
Jika ada kebocoran paip, baiki segera.
Memastikan mesin baju diisi dengan baju sehingga “full load”, kerana setiap cucian menggunakan jumlah air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
Kitar semula air yang sudah digunakan untuk kegunaan lain, jika boleh.
Tadah air hujan untuk kegunaan luar rumah seperti menyiram pokok bunga dan sebagainya. Jadi, tidak perlu menggunakan air paip biasa.
Elak guna salur getah dan penyembur ketika mencuci kenderaan, sebaliknya gunakan baldi bagi menjimatkan penggunaan air.
Terdapat banyak lagi tips-tips penjimatan air yang boleh anda amalkan setiap hari bagi memastikan bekalan air bersih negara tidak terbazir begitu sahaja.
Malah, penjimatan-penjimatan yang dilakukan sebenarnya menguntungkan anda kembali kerana anda tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk menjimatkan bil utiliti.
Jadilah pengguna yang bijak, didik anak anda untuk turut sama-sama menggunakan air secara berhemah. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman laman web, Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube SPAN.