Pernah tak anda terfikir mengapa kipas mempunyai tiga atau lima bilah? Adakah semakin banyak bilah yang digunakan akan mempengaruhi kelajuan kipas?
Ramai memberi tanggapan bahawa kipas yang mempunyai bilah yang banyak akan menghasilkan udara dan kelajuan yang tinggi.
Sejauh manakah kebenarannya? Berikut merupakan fakta mengenai jenis bilah kipas dan faktor -faktor yang mempengaruhi kelajuan kipas tersebut.
(1) Bilah Kipas
Bilah kipas berkait dengan sudut yang diukur dan kedudukan pada bilah kipas yang ditetapkan. Bilah kipas memainkan peranan penting bagi menentukan jumlah udara yang dihasilkan. Semakin banyak penggunaan bilah kipas, semakin luas permukaan sudut pada bilah dan membolehkan udara dihasilkan dengan banyak.
Oleh itu, kelajuan pada bilah kipas tidak menentukan udara yang dikeluarkan. Namun, ia membantu menggerakkan kipas yang akan mengeluarkan udara bergantung pada level kipas yang anda tentukan.
(2) Bentuk Bilah
Fungsi utama bilah kipas adalah memberi udara di bahagian bawah yang membolehkan keadaan menjadi sejuk. Bilah juga diperbuat daripada beberapa jenis bahan seperti logam dan kayu.
Bagi bentuk kipas pula, ada sesetengah daripada kita lebih memilih bentuk kipas jenis berdiri atau digantung di bahagian dinding. Jenis kipas seperti ini lebih banyak menjimatkan penggunaan tenaga berbanding dengan kipas syiling. Bentuk bilah yang terdapat pada jenis kipas ini mengurangkan kadar udara yang dikeluarkan. Walaubagaimanpun, bilah kipas jenis ini mempunyai luas permukaan yang rendah namun ia menghasilkan kelajuan udara yang cukup tinggi berbanding dengan kipas syiling.
(3) Kelajuan
Jika kipas syiling mempunyai 3 atau 5 bilah, bentuk dan bahan yang digunakan adalah sama, dan fungsi kelajuan juga sama, maka boleh dikatakan kipas syiling yang mempunyai 5 bilah mempunyai kadar penghasilan udara yang lebih banyak.
Kipas yang mempunyai bilah yang banyak berupaya menggerakkan lebih banyak udara. Pun begitu, kipas yang mempunyai 3 bilah dihadkan pada kelajuan yang paling tinggi supaya menghasilkan banyak pergerakan udara.
Perbezaan 3 dan 5 bilah kipas syiling
Sebenarnya kipas yang mempunyai 3 atau 5 bilah mempunyai fungsi yang sama. Ianya bergantung kepada citarasa dan pilihan tersendiri. Bagi mereka yang lebih suka jenis rekaan kipas estetik, mungkin anda boleh pilih kipas yang mempunyai 3 bilah berbanding dengan 5 bilah.
Namun begitu, 5 bilah kipas mampu menghasilkan angin yang kuat disebabkan jarak bilah kipas yang lebih dekat dan boleh menghasilkan angin yang lebih konsisten.
Kesimpulan
Sekiranya anda lebih memilih kipas yang mengeluarkan banyak udara, disarankan untuk memilih kipas yang mempunyai 5 bilah. Namun, ia bukan bermakna kipas dengan 3 bilah kipas mengeluarkan udara yang rendah malah ia mampu mengeluarkan udara dengan kadar yang fleksibel mengikut level kelajuannya.
Sumber: crestarfan.com